MASALAH TIDAK DAPAT NO TAC BSN
Adakah anda pengguna BSN dan mendapatkan nombor TAC melalui SMS walaupun tidak melakukan sebarang transaksi. Anda dinasihatkan untuk tidak mendedahkan atau berkongsi nombor TAC tersebut kepada sesiapa sahaja kerana anda boleh menjadi salah mangsa dari scammer.Tapi sekiranya Anda memang membuat sebarang urusan transaksi di perbankan internet myBSN tapi tidak dapat no OTP BSN melalui SMS di telefon ini mungkin memeningkan kepala anda?
APA ITU NO TAC BSN
TAC atau Transaction Authorization Code merupakan nombor 6 digit yang akan dihantar kepada pengguna, bagi mengesahkan transaksi yang ingin digunakan jika menggunakan transaksi perbankan internet.
TIDAK DAPAT NO TAC
Jika No TAC BSN masih tidak sampai anda boleh ikuti Langkah berikut
- Mencuba semula (request OTP/TAC)
- Anda dinasihatkan untuk clear cache terlebih dahulu atau menggunakan browser internet lain.
- Sekiranya OTP masih tidak diterima di nombor telefon yang didaftarkan dan Anda telah cuba clear cache, Anda dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 untuk semakan lanjut.
TIDAK BOLEH GUNA BSN INTERNET BANKING
Sekiranya Anda tidak boleh akses kepada internet banking myBSN, jangan risau. Antara sebab yang dapat terjadi seperti berikut:
- Semak semula sambungan internet Anda tidak stabil
- Perbankan internet myBSN mengalami aliran trafik yang tinggi daripada biasa
- Tersalah taip laman web rasmi,
- Pastikan alamat rasmi myBSN adalah www.mybsn.com.my atau https://www.bsn.com.my
NOTA : Untuk makluman, perbankan internet myBSN beroperasi 24 jam. Mohon log masuk ke akaun perbankan internet Anda dengan melayari pautan (link) yang betul.
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR LOGIN BSNeBIZ ONLINE(Mudah Untuk Perniagaan Guna aplikasi BSNeBiz Mobile)
PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2022
CARA RESET PASSWORD MyBSN (LUPA KATA LALUAN BSN ONLINE BANKING)