CARA TRANSFER DUIT TOUCH N GO KE BANK(Kad eWallet Lain & Shopee)
Seperti yang anda ketahui, pada masa kini pembayaran tanpa tunai memang menggalakkan penggunaanya. Ini kerana urusan pembayaran yang pantas dan selamat. Salah satu eWallet yang sering kita gunakan adalah Tounch n Go eWallet. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara guna Transfer duit menggunakan Touch N Go eWallet, semoga membantu.
APA ITU DUITNOW TRANSFER(TRANSFER TOUCH N GO)
DuitNow Transfer membolehkan anda menghantar dana dari mana-mana platform perbankan internet atau eWallet Malaysia yang mengambil bahagian, ke Touch ’n Go eWallet anda dengan memasukkan DuitNow ID penerima atau nombor akaun Touch ’n Go eWallet anda.
CARA TRANSFER DUIT KE TNG eWALLET GUNA DUITNOW ID
Untuk makluman ada, menggunakan cara tranfer wang ke akaun TNG eWallet anda menggunakan DuitNow adalah cara paling pantas. Berikut adalah caranya:
- Buka aplilasi TNG eWallet anda
- Pastikan anda berdaftar dengan DuitNow ID TNG eWallet anda. Caranya adalah seperti berikut:
- Pergi ke halaman profil anda, klik butang DuitNow
- Klik pada Pautkan eWallet dengan DuitNow
- Teruskan ke Aktifkan Touch N Go eWallet setelah anda membaca dan menyertujui Terma & Syarat.
- Anda akan menerima satu OTP di nombor telefon anda untuk tujuan pengesahan.
- Anda telah berjaya mendaftarkan no telefon anda sebagai DuitNow ID anda.
- Setelah berjaya mendaftar, anda kini boleh menghantar dana dari akaun perbankan internet anda dengan memasukkan nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Touch ‘n Go eWallet.
CARA TRANFER DUIT TNG eWALLET GUNA NOMBOR AKAUN
Selain dari keadah di atas, anda juga boleh melakukan tranfer wang menggunakan no akaunTnG eWallet anda. Cara nya adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi TnG eWallet anda
- Nombor akaun TNG eWallet anda boleh didapati di halaman profil anda
- Setelah anda dapatkan no akaun TNG eWallet anda, menerusi perbankan internet nanti anda perlukan masuk no akaun ini.
- Tambah nilai anda selesai, melalu cara ini agak merumitkan sedikit kerana anda perlu mengingati no akaun TNG eWallet anda.
CARA TRANFER DUIT TNG eWALLET KE AKAUN BANK
Kepada anda yang ingin transfer duit dari akaun Touch n Go eWallet anda ke akaun Bank, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi TnG eWallet anda
- Pada paparan menu utama, klik pada Transfer
- Kemudian klik pada sub menu Duit Now.
- Pada ruangan transfer to, pilih cara penghantaran duit anda sama ada ke:
- Akaun bank
- Nombor telefon
- Kad pengenalan
- Dan lain-lain seperti yang tentera
- Sekiranya anda memilih penghantaran wang ke akaun bank, masukkan maklumat berkaitan bank yang diminta seperti nama bank dan nombor akaun.
- Seterusnya Masukkan nilai yang ingin dihantar ke akaun bank.
- Klik confirm transfer dan masukkan nombor pin aplikasi TnG anda.
- Selesai, Duit dari akaun Touch n Go ewallet sudah berjaya di transfer ke dalam akaun bank anda.
CARA KELUARKAN DUIT TNG eWALLET
Anda boleh mengeluarkan wang ke baki Touch ‘n Go eWallet anda ataupun ke akaun bank yang didaftar dengan nama anda. Berikut adalah merupakan caranya:
- Klik ikon “GO+”
- Pilih “Pengeluaran Wang”
- Pilih sama ada anda ingin mengeluarkan wang ke “Baki eWallet” ataupun “Akaun Bank”
- Ikuti langkah seterusnya hingga selesai..
SOALAN LAZIM (FAQ) TRANSFER TOUCH N GO
Apakah yuran dan caj yang terlibat?
- Adalah percuma bagi pengguna kami untuk menerima wang melalui DuitNow Transfer.
Berapa lama masa yang diambil untuk saya menerima wang melalui DuitNow Transfer?
- Penerima akan menerima dana dengan segera setelah transaksi DuitNow Transfer berjaya.
Apakah jumlah maksimum yang saya boleh terima melalui DuitNow Transfer?
- Pengguna boleh menerima dana sehingga had eWallet mereka. Perlukan had yang lebih besar? Naik taraf ke tahap PREMIUM hari ini dan nikmati baki eWallet sehingga RM20,000.
Adakah saya akan menerima pemberitahuan mengenai status pembayaran yang diterima melalui DuitNow Transfer?
- Ya, pemberitahuan dalam aplikasi akan dihantar untuk semua transaksi DuitNow Transfer yang berjaya. Sila pastikan anda telah membenarkan pemberitahuan dari kami dalam tetapan telefon anda.
Apa akan berlaku kepada DuitNow ID saya jika saya menukar nombor telefon bimbit saya?
- Jika anda telah menukar nombor telefon bimbit anda dalam aplikasi Touch ’n Go eWallet, pendaftaran DuitNow ID anda akan dibatalkan secara automatik dan anda perlu mendaftar untuk DuitNow Transfer lagi.
ARTIKEL LAIN
CARA GUNA DuitNow : SENARAI BANK, CARA DAFTAR DAN CARA MENGGUNAKAN DUITNOW