TUKAR IC MYKAD SELEPAS UMUR 18 TAHUN

CARA TUKAR IC MYKAD SELEPAS UMUR 18 TAHUN (Bila & Denda Lewat)

Kepada anda yang telah berumur 18 tahun, anda dikehendaki tukar IC atau Mykad anda. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai penukaran Mykad dan kadar harga denda sekiranya lewat, semoga membantu.

KENAPA PERLU TUKAR IC MYKAD SELEPAS 18 TAHUN

Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.

BERAPA KALI PERLU TUKAR MYKAD

Untuk makluman anda, semestinya anda akan membuat MyKad setelah berumur 12 tahun dan penukaran Mykad ini adalah:

  • Setelah anda berumur 18 tahun
  • sekiranya perlu penggantian Mykad baru.

SYARAT PERMOHONAN TUKAR MYKAD

Berikut adalah merupakan syarat penukaran MyKad iaitu:

  • Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun hingga mencapai umur 25 tahun.
  • Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang perlu anda sediakan semasa permohonan penukaran MyKad iaitu:

  • Dokumen Pemohon (Asal)
    • Kad Pengenalan (MyKad atau MyPR)
  • Dokumen Sokongan
    • Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

CARA TUKAR IC MYKAD SELEPAS 18 TAHUN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN yang berdekatan dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

KADAR HARGA TUKAR IC MYKAD

Berikut adalah merupakan kadar harga penukaran MyKad iaitu:

  • Warganegara = RM10.00
  • Bukan Warganegara = RM40.00

KADAR DENDA LEWAT TUKAR IC MYKAD

Setelah umur anda melebihin 25 tahun dan masih belum membuat penuakran MyKad, anda akan dikenakan kadar denda lewat penukaran seperti jaduan berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai penukaran IC MyKad, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara

ARTIKEL BERKAITAN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *