CARA DAPATKAN DIGITAL HSO DI MYSEJAHTERA (Muat Turun Surat Kuarantin Majikan)
Terkini kepada sesiapa yang kena kuaratin sekiranya positif atau menjadi kontak rapat, untuk pengetahuan anda tiada lagi surat kuarantin fizikal dikeluarkan. Untuk mendapatkan surat pengesahan kuaratin ini anda kena menjana sendiri digital HSO dalam aplikasi mysejahtera. Di sini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU DIGITAL HSO MYSEJAHTERA
Home Surveillance Order (HSO) secara digital adalah ke profil pengguna menggunakan ID MySejahtera dimana pengesahan tempoh kuarantin. Ini kerana tiada lagi surat fizikal dan tidak perlu lagi surat Annex14 yang perlu diambil di Fasiliti Kesihatan.
CARA MEMBUAT LAPORAN UJIAN KENDIRI DI MYSEJAHTERA
Untuk pengetahuan anda, semakan ujian kendiri sama ada (positit/ negetif / tidak sah) perlu dilaporkan dalam aplikasi MySejahtera. Berikut adalah merupakan caranya.
- Buka aplikasi MySejahtera anda
- Klik Close, dan pada menu utama klik pada ‘Ujian Kendiri COVID-19’.
- Tekan ‘Kemaskini Keputusan Ujian Kendiri’.
- Pilih pilihan yang berkaitan dengan anda.
- Jika utk laporkan utk diri sendiri, Pilih A.
- Jika utk laporkan untuk tanggungan anda, Pilih B.
- Isi kesemua tempat kosong dengan maklumat anda yang tepat.
- No Telefon
- Nama Penuh ikut IC
- No IC tanpa (-)
- Alamat email
- Isi alamat tempat tinggal anda / tempat kuarantin anda.
- Pilih sumber cara anda dapatkan kit ujian saliva/swab.
- Pilih jenis sampel yang anda jalankan.
- Pilih keputusan hasil dari ujian yang anda lakukan, dan seterusnya klik ‘I’m not a robot’.
- Kemudian klik ‘Hantar’.
- Selesai
- Tunggu MySejahtera update Arahan Kuarantin anda secara digital di dalam aplikasi MySejahtera anda.
TINDAKAN SEKIRANYA UJIAN RTK KENDIRI POSITIF
Sekirannya RTK kendiri positf, berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukan:
- Kenal pasti gejala anda. (mengikut katagori umur dan kesihatan anda)
- Laporkan keputusan ujian anda di mySejahtera
- Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik. Patuhi dan kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
- Laporkan status kesihatan anda secara harian di aplikasi mySejahtera (HAT) sehingga tempoh pengasingan anda tamat.
- Anda hanya perlu ke CAC sekiranya gejala anda semakin teruk
- Maklumkan pada kontak rapat anda untuk mengisytiharkan mereka telah menjadi kontak rapat menerusi aplikasi mySejahtera masing.
CARA DAPATKAN DIGITAL HSO DI MYSEJAHTERA
Bagi anda yang telah melaporkan status positif atau kontak rapat dalam MySejahtera, anda akan dapat Perintah Kuarantin (HSO) secara online dan tidak akan dipakaikan gelang lagi.
Sekiranya anda kontak rapat dan diarahkan untuk kauratine HSO melalui:
- Pejabat Kesihatan
- Notifikasi MySejahtera
- Mengisyhtiharkan sendiri status kontak rapat melalui MySejahtera
Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan digital HSO MySejahtera:
- Buka aplikasi MySejahtera anda
- Klik Close, dan pada menu utama klik pada ‘COVID-19 Status’.
- Tekan butang start dan jawab semua soalan
- HSO digital akan diberikan kepada anda
- Status anda akan bertukar merah dan MySejahtera akan menunjukkan tempoh kuaratin
- Tangkap layar atau (Screenshot) HSO untuk simpanan anda atau diberikan kepada majikan sebagai pengesahan
- Selesai sahaja tamat tempoh mejalani kuaratin, anda akan diberikan pelepasan RO (Release Order) Digital melalui MySejahtera (dalam masa 24 jam)
- Tangkap layar atau (Screenshot) HSO untuk simpanan anda
NOTA: Sepanjang tempoh kuaratin anda perlu menjawab soalan HAT setiap hari sehingga tamat kuarantin.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Digital HSO MySejahtera, anda boleh layari website rasmi MySejahtera di pautan mysejahtera.malaysia.gov.my
ARTIKEL LAIN
POSITIF COVID-19 ? Cara Update MySejahtera Jika Positif RTK