e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)
Adakah anda mengetahu tentang e-Payroll, e-Payroll ialah salah satu inisiatif penambahbaikan ke atas i-Akaun (Majikan) KWSP untuk membantu para majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji pekerjanya secara digital. ePayroll juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP.
SYARAT -SYARAT e-Payroll KWSP
- Pengguna haruslah merupakan i-Akaun (Majikan)
- Majikan mempunyai minimum SATU (1) orang pekerja sahaja
FUNGSI e-Payroll KWSP
Banyak fungsi yangboleh diperolehi dengan menggunakan kemudahan ini. Fungsi utama e-Payroll adalah seperti dalam senarai di bawah:
- Majikan dapat membuat Kemas kini gaji pekerja
- Menjana slip gaji pekerja dengan mudah dan pantas
- Buat pembayaran caruman kepada KWSP untuk pekerja
- Hasilkan fail data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)
- Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
- Hasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNM dan memudahkan urusan percukaian majikan
- Majikan dapat membuat potongan gaji pekerja kepada pihak ketiga (Tabung Haji, PTPTN dan Zakat)
CIRI UTAMA e-Payroll KWSP
- Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
- Slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses
- Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
- Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi ‘Import Pekerja’
- Fungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
- Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
- Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
- Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
- Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
- Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
- Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatic
SOALAN LAZIM FAQ
Adakah Majikan perlu memuat turun perisian untuk menggunakan e-Payroll?
Majikan tidak perlu memuat turun sebarang perisian. e-Payroll boleh diakses melalui i-Akaun (Majikan) menggunakan komputer atau tablet.
Adakah borang cukai tahunan boleh diperolehi dari e-Payroll?
Ya. Borang cukai tahunan boleh dimuat turun dari e-Payroll.
Berapa lama data dalam e-Payroll disimpan?
Data dalam e-Payroll akan disimpan selama 7 tahun untuk rujukan Majikan.
Adakah e-Payroll tersedia dalam versi Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)?
Tidak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat dan info mengenai ePayroll di laman web rasmi ePayroll KWSP
ARTIKEL LAIN