Jika anda ingin ambil lesen memandu tahun ini, JPJ akan laksanakan sistem eTesting yang akan melibatkan kalangan pengguna yang mengambil kini. Disini kami akan kongsikan kepada anda tentang pengalaman etetsting ini, semoga membantu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bahawa penilaian calon ujian memandu akan melibatkan penggunaan alat pengesan dan kamera, memastikan integriti proses penilaian. Calon akan dipantau melalui bilik kawalan khas di Institut Memandu (IM) dengan sebarang arahan atau kesalahan dicatat dan ditegur secara real-time.
Kementerian Pengangkutan menggalakkan institut memandu untuk menerapkan ujian memandu berasaskan eTesting. Tempoh transisi selama enam tahun diberikan kepada institut memandu untuk beralih dari pengujian manual kepada eTesting. Pelaksanaan ujian berasaskan eTesting di seluruh institut memandu di Malaysia dijadualkan bermula pada April 2024.
Pada masa ini, calon ujian memandu masih diberi pilihan antara ujian biasa dan eTesting, tetapi eTesting dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2030.
Projek Perintis eTesting
Projek perintis eTesting telah dimulakan di tiga institut memandu, iaitu IM Surfine Hitech di Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya di Ulu Tiram, Johor; dan Institut Lima Bintang Abadi di Pulau Pinang.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan modul eTesting yang digunakan oleh institut memandu memenuhi enam elemen yang ditetapkan oleh JPJ.
Sistem eTesting ini telah berjaya dilaksanakan di Korea dan Jepun, dan Malaysia berusaha untuk meningkatkan kemudahan kepada orang awam melalui perkhidmatan JPJ.
Apa itu sistem e-Testing?
Mulai bulan April pegawai JPJ tak akan duduk dalam kereta sekali dengan calon ujian memandu.Sebaiknya, calon akan dipantau menerusi bilik kawalan.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan ujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing’ yang bakal dilancarkan sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan April nanti.
Bagaimanakah cara sistem eTesting JPJ dilaknakan?
Berikut adalah merupakan kaedah pelaksanaan iaitu:
- Pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta.
- Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di institut Memandu (IM) terbabit
- Bagi sesi pembelajaran di dalam kelas dan jalan raya tiada perubahan, sebaliknya hanya sesi belajar di dalam llitar sahaja ada sedikit perubahan iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.
- JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ. Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.
Apa kelebihan sistem e-Testing?
Berikut adalah merupakan antara kelebihannya iaitu:
- Tidak memerlukan jumlah kakitangan jabatan pengangkutan jalan yang ramaidi samping meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.
- Sistem keputusan ujian dan test jpj lebih dipercayai dan ada nilai integriti di situ baik untuk kereta ataupun motosikal
- Malah anda boleh dapat keputusan ujian memandu online baik kereta atau motor lebih cepat daripada biasa.
- Borang markah test jpj kereta akan diisi dengan lebih sistematik dan profesional
- Keputusan ujian keluar cepat dan semua keputusan boleh dicetak segera.
Untuk makluman, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikasi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.
JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.
Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.
Harga Bayaran Ujian Memandu eTesting JPJ
Berikut adalah merupakan kadar harga kelas memandu terkini iaitu:
- B2 (motorsikal tidak melebihi 250cc) – RM350 hingga RM450
- B (motorsikal tidak melebihi 500cc) – RM900 hingga RM1,100
- D (kereta manual) – RM1,150 hingga RM1,300
- DA (kereta Automatik) – RM1,250 hingga RM1,500
Peringkat eTesting JPJ
Sistem yang baharu ini masih mengekalkan enam peringkat ujian iaitu:
- Belajar dalam kelas
- Litar
- Jalan raya.
Pengalaman Ujian Memandu eTesting JPJ
Kebanyakan proses ujian, bahagian 1,2, 3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT. Biasanya pihak JPJ paling kurang ada 6 orang satu IM (Institut Memandu) guna e-testing kita boleh jimatkan petugas, kita boleh ‘mobilize’ petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasa sebab sistem hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja
Sistem itu membolehkan pegawai penguji JPJ memantau dari bilik kawalan manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta. Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memand (IM) terbabit.
ARTIKEL LAIN
CARA CHECK SAMAN SMS (POLIS & JPJ)
SEMAKAN NO PLAT TERKINI ONLINE (Check JPJ Latest Registration Number)