SEMAKAN JADUAL AIR PASANG SURUT (Jadual Pasang Surut Air Laut)
Kepada mereka yang melakukan aktiviti laut seharusnya amat penting untuk mengetahui pasang surut di laut. Keadaan pasang surut ini penting bukan sahaja kepada para nelayan-nelayan kecil, bahkan kepada syarikat -syarikat besar yang menggunakan laut sebagai medium penghantaran dan perhubungan.Bagaimana ingin membuat semakan jadual air pasang surut? Dengan adanya Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) yang membangunkan laman web untuk membolehkan kita membuat semakan pasang surut air laut.
KENAPA PERLU MEMBUAT SEMAKAN AIR PASANG SURUT
Membuat semakan air pasang surut adalah untuk memudahkan perancangan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kawasan perairan seperti memancing atau menangkap hasil lautan. Air pasang surut dipantau pada waktu matahari terik dan bulan terbit serta terbenam. Ia bertujuan untuk mengesan waktu ikan aktif supaya dapat menjalankan aktiviti memancing dengan efisyen serta dalam keadaan cuaca yang sesuai.
Pada masa yang sama, dengan mengetahui jadual air pasang surut, sebarang kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Para nelayan dan pemancing juga dapat meningkatkan kebarangkalian untuk memperoleh hasil tangkapan dalam jumlah yang lebih banyak.
CARA SEMAKAN JADUAL AIR PASANG SURUT
Untuk makluman, Di Malaysia terdapat 22 buah stesen yang boleh digunakan untuk membuat semakan jadual AirPasang Surut terkini iaitu:
- Semenanjung Malaysia – 12 lokasi
- Sarawak – 4 lokasi
- Sabah – 6 lokasi
Untuk membuat semakan klik stesen mana yang anda ingin anda ketahui waktu pasang dan surutnya. Maklumat lengkap dipaparkan terus kepada anda. Termasuklah masa dan juga ketinggian air ketika waktu tersebut. Berikut adalah merupakan senarai stesen untuk membuat semakan berkaitan air pasang surut:
- Semenanjung Malaysia
- Stesen : Kukup, Johor
- Stesen: Pulau Pinang
- Stesen: Lumut, Perak
- Stesen: Pelabuhan Klang, Selangor
- Stesen: Tanjung Keling, Melaka
- Stesen: Johor Bahru, Johor
- Stesen: Tanjung Sedili, Johor
- Stesen: Pulau Tioman, Pahang
- Stesen: Tanjung Gelang, Pahang
- Stesen: Cendering, Terengganu
- Stesen: Geting, Kelantan
- Stesen: Pulau Langkawi, Kedah
- Sarawak
- Stesen: Pulau Lakei, Sarawak
- Stesen: Sejingkat, Sarawak
- Stesen: Bintulu, Sarawak
- Stesen: Miri, Sarawak
- Sabah
- Stesen: Kota Kinabalu, Sabah
- Stesen: Sandakan, Sabah
- Stesen: Lahad Datu, Sabah
- Stesen: Tawau, Sabah
- Stesen: Labuan, W.P. Labuan
- Stesen: Kudat, Sabah
ARTIKEL LAIN
CARA SEMAK PARAS AIR SUNGAI ONLINE (Check di publicinfobanjir.water.gov.my)
CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR (Proses Tuntutan)