Jom Masuk Tentera Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 202 (2024)

PERMOHONAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT 2024 MELAUI PORTAL JOM MASUK TENTERA

Kepada individu leyang berminat dan ingin berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), permohonan kini mulai dibuka. Bagaimana cara membuat permohonan ATM? Disini kami kongsikan cara membuat permohonan menggunakan Portal JOM MASUK TENTERA (JMT), semoga membantu.

APAKAH PORTAL JOM MASUK TENTERA (JMT)?

Portal Jom MasukTentera (JMT) membuka peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya calon lepasan Ijazah Sarjana Muda menyertai  Perkhidmatan ATM. Melalui portal ini juga boleh menyemak keputusan permohonan melalui atas talian sahaja.

SYARAT KELAYAKAN PERAJURIT MUDA ATM LELAKI

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan Pegawai ATM seperti bawah iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun keatas tidak melebihi 25 tahun pada 31 Ogos 2024.
  3. Fizikal:
    • Tinggi minimum: Lelaki 162 cm
    • Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 26.9
  4. Taraf Kesihatan
    • Lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Pemohon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.
  5. Kelayakan Akademik
    • Kelulusan Asas: Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Maternatik.
  6. Kelayakan Tambahan:
    • Kemahiran dan kepakaran khas dalam pelbagai bidang
    • Pencapaian sukan peringkat kebangsaan / negeri
  7. Temuduga
    • Pemohon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan di pusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan keperluan perkhidmatan dari semasa ke semasa.
  8. Kriteria Pemilihan
    • Pemohon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad

TARIKH PERMOHONAN PERAJURIT MUDA ATM LELAKI

Tarikh Pendaftaran Atas Talian talah mulai dibuka sehingga Tarikh Tutup Permohonan pada 30 Ogos 2024.

CARA PERMOHONAN PERAJURIT MUDA ATM LELAKI

Untuk membuat permohonan Pegawai Atm adalah seperti berikut:

  • Layati pautan JMT: https://jmt.mod.gov.my/#
  • Pada paparan utama klik pada Perajurit Muda (Darat)
  • Kepada pengguna baru klik pada Perajurit Muda (Darat) Daftar Akaun, untuk panduan Daftar boleh rujuk DI SINI
  • Seterusnya anda boleh Log Masuk akaun anda
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  • Untuk panduan membuat permohonan anda boleh rujuk DI SINI

SEMAKAN PERMOHONAN PERAJURIT MUDA ATM LELAKI

Berikut adalah merupakan cara membuat semakan status permohonan:

  • Layari pautan JMT: https://jmt.mod.gov.my/#
  • Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan anda
  • Keputusan status permohonan anda akan dipaparkan
  • Untuk panduan lengkap cara semakan anda boleh rujuk DI SINI

MAKLUMAT LANJUT JOM MASUK TENTERA

Untuk maklumat lanjut mengenai JOM MASUK TENTERA,anda boleh merujuk:

ARTIKEL LAIN 

Share your love

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *