PERMOHONAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN FSA2 BERMULA 15 APRIL 2023
Kepada pencarum KWSP, Kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu untuk membenarkan urusan cagaran bank menggunakan wang caruman KWSP yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Melalui FSA2, anda boleh membuat permohonan pinjaman menerusi bank yang terlibat antaranya Bank Simpanan Nasional (BSN). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan pinjaman KWSP bercagar BSN FSA2, semoga membantu.
APA ITU PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN
Kemudahan pinjaman ini disediakan oleh BSN ini bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.
SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN FSA2
Anda boleh membuat semakan kelayakan seperti berikut:
- Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu
- Semak kelayakan di i-Akaun
- Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023
- BSN
- MBSB
JUMLAH PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN
Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya. Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:
CONTOH | Ahmad | Rita | Sara |
Baki simpanan Akaun 2 | RM70,000 | RM3,000 | RM7,500 |
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan | RM10,000 | Tiada | RM5,500 |
Amaun kelayakan awal | RM50,000 Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000 | RM3,000 | RM0 Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000 |
Walau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.
KADAR BAYARAN BULANAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN
Ahli KWSP yang layak mendapatkan pembiayaan ini masih perlu membuat bayaran semula setiap bulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan tempoh yang dipilih.
TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN
Bank Simpanan Nasional akan menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 15 April 2023.
CARA PERMOHONAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN
Kepada ahli KWSP yang memenuhi kelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan rasmi BSN: https://www.bsn.com.my
- Permohonan selanjutnya akan dikemaskini setelah tarikh permohonan dibuka
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pinjaman KWSP Bercagar BSN, anda boleh melayari portal rasmi BSN di pautan https://www.bsn.com.my
ARTIKEL BERKAITAN:
- IHSAN-i PERMOHONAN PINJAMAN KWSP MBSB (FSA2)
- FSA2 PERMOHONAN FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (Pengeluaran Bersyarat KWSP)
- CARA AKTIFKAN I-AKAUN KWSP (Untuk Ahli & Majikan)
Gaji sy tak cukup pasal sy apply ini borang
Sya nak pkai duit tok blik kg dan settlekn hutang😔
can i apply my socso and want to check balance too
Saya ada penyakit saluran arteri ke jantung tersumbat jadi kena ulang alik ke kota kinabalu jadi kos penerbangan menyebabkan gaji saya tidak cukup dan meyebabkan saya buat pinjaman eon..
Apakah syarat untuk pinjaman kwsp bercagar Bsn FSA2
Dan apakah dokumen yg perlu sy sediakan utk pinjaman ini
Saya tiada kerja selama 2 tahun lalu iaitu semasa lockdown pertama
Saya: Santimathy Maniam
Saya perlu bayar untuk loan kereta bulanan….saya sudah habiskan all my service money for jelaskan untk pinjaman bank
So please to help to get this amount from my KWSP
Thank you 🙏
Saya tiata kerja 4 bulan saya kakisakit saya bayar pinjaman utang orang
Nama saya malah a/p muniandy@ munisamy saya pinjam sebab sy nak setlle kan hutang saya..so pls help to get this amount from kwsp…tq very much…tq
Nak tanya, kalau jumlah di akaun 2 tidak cukup, blh cagar dari akaun 1 ke? especially untuk kes kesihatan.
Permohon loan BSN Dan daripada kwsp
Mohon lon kwsp bercagar
Nak beli kan anak konputer..
10000