MySEJAHTERA KONTAK KASUAL (Cara Hilangkan Close Contact )
Sekarang ramai sangat yang sudah positif covid 19 dan tidak bergejala. Namun dalam kalangan yang positif dan kita tidak ketahui itu, tiba-tiba anda mendapat notifkasi status MySejahtera yang berubah kepada kontak kasual/ casual contact. Jika anda mendapat notifkasi ini, pertama sekali anda jangan panik dan menggelabah.
APA ITU MYSEJAHTERA
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia.
BAGAIMANA TERJADI KONTAK KASUAL
kontak kasual tidak bergejala berdasarkan terjadi pada masa dan tempat pendaftaran masuk atau check-in di premis yang pernah dimasukinya oleh anda sebelum ini.
APA TINDAKAN JIKA MySEJAHTERA BERTUKAR KONTAK KASUAL
- Status Kontak Kasual akan berada dalam sistem selama 5-10 hari. Anda boleh keluar seperti biasa tak perlu lakukan ujian swab test RTK mahupun PCR.
•Terdapat kedai / premis juga masih menerima mereka yang mempunyai status kuning ini. Namun ada juga kedai/premis yang akan menyemak profil anda.
•Anda tidak perlu menjalani kuarantin, anda boleh datang kerja seperti biasa.
•Anda juga boleh hadir ke PPV untuk tujuan vaksinasi.
• Jika tiada gejala yang dialami, tidak perlu menjani ujian RTK ataupun ujian pengesanan Covid-19 yang lain.
CARA HILANGKAN CLOSE CONTACT
Buka aplikasi my sejahtera
- Clik button close pada bahagian kanan atas
- Klik pada covid 19 status
- Jawab semua soalan tentang Covid-19
- klik refresh
selain itu, anda boleh guna helpdesk
- klik helpdesk untuk tukar semula status jadi warna biru.
- Pilih opsyen soalan mengenai kategori risiko
- dalam beberapa jam MySejahtera akan hantar e-mel untuk kita buat semula penilaian kesihatan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat atau pertanyaan tentang lupa kata laluan MySejahtera anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi “MySejahtera Helpdesk” dalam aplikasi MySejahtera.
ARTIKEL LAIN
PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN
SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT
CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)
CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)