Semakan Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk e-Filing 2025

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2024(Pengecualian e-filing)

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab  membayar cukai pendapatan setiap tahun, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai pendapatan untuk anda tuntut dan isi di e-filing.

APA ITU CUKAI PENDAPATAN

Untuk pengetahuan anda semua, cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang anda terima setiap tahun daripada gaji, elaun, faedah, komisen, dividen, sewa, royalti, dan pendapatan daripada perniagaan.

APA ITU e-Filing?

e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.

KELAYAKAN PEMBAYARAN CUKAI PENDAPATAN

Anda hendaklah mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai Pendapatan?

Cukai pendapatan dikenakan kepada individu di Malaysia berdasarkan pendapatan yang diperoleh, sama ada pendapatan tersebut terakru atau diterima di dalam negara atau luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia. Setiap individu yang memperoleh pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu mendaftar untuk cukai pendapatan.

Skop Pengenaan Cukai Berdasarkan Taraf Mastautin

  • Individu Bermastautin:
    • Dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala yang berbeza.
    • Layak menuntut potongan cukai berdasarkan seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP, yang melibatkan pelbagai jenis pelepasan.
  • Individu Bukan Bermastautin:
    • Dikenakan cukai pada kadar tetap 30% tanpa sebarang potongan cukai.

Nota Penting: Sebarang pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia tetapi dibawa masuk ke dalam negara tidak dikenakan cukai.

Ambang Pendapatan yang Tidak Dikenakan Cukai

Berdasarkan pengiraan ambang pendapatan yang tidak dikenakan cukai, ia mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Bagi individu yang berkahwin, pelepasan cukai tambahan boleh dimasukkan seperti pelepasan untuk suami/isteri dan anak-anak (di bawah umur 18 tahun).

Rebat cukai sebanyak RM400 bagi individu dan RM400 bagi pasangan (jika berkenaan) boleh dituntut, selagi pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Senarai Ambang Pendapatan Yang Tidak Dikenakan Cukai Mengikut Jenis Taksiran:

Pendapatan Penggajian (Individu):

Berikut adalah ambang pendapatan yang tidak dikenakan cukai mengikut kategori individu:

Jenis TaksiranPendapatan Tahunan (RM)Pendapatan Bulanan (RM)
Diri Sendiri (Bujang/Janda/Balu/Duda)37,3333,111
Berkahwin (Tanpa Anak)37,3333,111
Berkahwin (1 Anak)41,3333,444
Berkahwin (2 Anak)41,3333,444
Berkahwin (Tanpa Anak, Bersama)48,0004,000
Berkahwin (1 Anak, Bersama)50,0004,167
Berkahwin (2 Anak, Bersama)52,0004,333

Nota Tambahan:

  • Pelepasan Individu dan Saudara Tanggungan: RM9,000
  • Pelepasan Anak di Bawah Umur 18 Tahun: RM2,000 setiap anak
  • Rebat Individu dan Pasangan: Boleh dituntut sekiranya jumlah pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000.

Dengan memahami ambang pendapatan ini, individu yang layak boleh merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan memanfaatkan pelepasan cukai yang ada.

CARA DAFTAR & AKTIFKAN AKAUN MyTAX HASIL SECARA ONLINE

Kepada anda yang ingin mendaftar pendapatan cukai, pastikan anda mempunyai no cukai pendapatan terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya

  1. Layari pautan aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my
  2. Sediakan dokumen seperti berikut:
    • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Setelah anda selesai daftarkan akuan, berikut adalah cara untuk mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL iaitu:

  1. Mendapatkan nombor PIN melalui :
  2. Melampirkan dokumen berikut dalam permohonan :
    • Salinan kad pengenalan /passport pemohon; dan
    • Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.
  3. Nombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan.
  4. Sila daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama https://mytax.hasil.gov.my
  5. Pengaktifan akaun MyTax adalah lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan dan pemakluman “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” dipaparkan.

NOTA: Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2023 (Pengecualian e-filing)

Berikut adalah senarai pelepasan cukai yang boleh dimanfaatkan oleh individu untuk Tahun Taksiran 2024, berdasarkan kategori berikut:

1. Pelepasan Cukai Individu

  • Individu dan Saudara Tanggungan: RM9,000
  • Suami atau Isteri (Bagi yang membayar alimony kepada bekas isteri): RM4,000
  • Yuran Pengajian (Sendiri): RM7,000
    • Untuk pendidikan tertiari selain Sarjana atau Doktor Falsafah.
    • Untuk Sarjana atau Doktor Falsafah (terhad kepada RM7,000).
    • Kursus peningkatan kemahiran (terhad kepada RM2,000).
  • Potongan Tambahan Bagi Individu Kurang Upaya: RM6,000
  • Suami/Isteri Kurang Upaya: RM5,000

2. Insurans dan Caruman

  • Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh: RM3,000
  • SSPN (Tabung Simpanan Pendidikan Nasional): RM8,000
  • PERKESO (Sistem Insurans Pekerjaan): RM350
  • Insurans Pendidikan dan Perubatan (Individu, suami, isteri atau anak): RM3,000
  • Insurans Nyawa dan KWSP: RM7,000
    • Premium insurans nyawa dan caruman KWSP sukarela (terhad kepada RM7,000).
    • Caruman KWSP sukarela/Wajib untuk pekerja asing (terhad RM4,000).

3. Gaya Hidup

  • Gaya Hidup Umum (Manfaat untuk diri sendiri, pasangan atau anak): RM2,500
    • Pembelian bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar, dan tablet.
    • Langganan internet untuk kegunaan peribadi.
    • Yuran kursus peningkatan kemahiran dan ujian pemanduan.
  • Gaya Hidup – Pelepasan Tambahan: RM1,000
    • Pembelian peralatan sukan, bayaran penyertaan sukan.
    • Yuran keahlian gimnasium dan latihan sukan.
    • Pemasangan atau penyewaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri.

4. Perubatan dan Keperluan Khas

  • Perbelanjaan Perubatan (Diri sendiri, pasangan atau anak): RM10,000
    • Rawatan penyakit serius, kesuburan, kehamilan, vaksinasi, dan ujian COVID-19.
    • Kos diagnosis dan intervensi awal untuk autisme, hiperaktif, dan disleksia.
  • Perbelanjaan Perubatan untuk Ibu Bapa: RM8,000
    • Rawatan perubatan, penjagaan harian, pemeriksaan kesihatan (terhad RM1,000).
  • Peralatan Sokongan Asas OKU (Individu, pasangan, anak atau ibu bapa): RM6,000

5. Pelepasan Cukai Anak

  • Anak Bawah 18 Tahun: RM2,000
  • Anak 18 Tahun dan Ke Atas: RM2,000
    • Anak yang belum berkahwin atau belajar sepenuh masa.
  • Pelepasan Tambahan Anak Kurang Upaya: RM8,000
    • Anak kurang upaya yang berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin, atau yang belajar sepenuh masa.
  • Anak Kurang Upaya (Belum Berkahwin): RM6,000
  • Yuran Taska/Tadika Berdaftar: RM3,000
    • Untuk anak berumur 6 tahun dan ke bawah. Tuntutan boleh dibuat oleh suami atau isteri.
  • Pembelian Peralatan Penyusuan (Wanita sahaja): RM1,000
    • Anak berumur kurang 2 tahun. Pelepasan boleh dituntut sekali setiap dua tahun taksiran.

SOALAN LAZIM (FAQ) SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN

Perlukah saya membayar cukai pendapatan?

  • Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, anda harus membayar cukai pendapatan.

Adakah semua orang perlu e-Filing?

  • Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.

 Jika saya membuat derma ke tabung masjid, bolehkah saya menuntut potongan daripada cukai saya ?

  • Anda boleh membuat tuntutan potongan bagi derma yang telah dibuat, bagaimanapun derma itu hendaklah dibuat ke badan atau tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Selalunya kelulusan (pemberitahu menerusi warta) berkenaan dinyatakan atas resit derma.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG SENARAI PELEPASAN CUKAI

Sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negari atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai e-Filing.

ARTIKEL YANG BERKAITAN

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *