PERMOHONAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN FSA2 BERMULA 15 APRIL 2023

PERMOHONAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN FSA2 BERMULA 15 APRIL 2023

Kepada pencarum KWSP, Kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu untuk membenarkan urusan cagaran bank menggunakan wang caruman KWSP yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Melalui FSA2, anda boleh membuat permohonan pinjaman menerusi bank yang terlibat antaranya Bank Simpanan Nasional (BSN). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan pinjaman KWSP bercagar BSN FSA2, semoga membantu.

APA ITU PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN

Kemudahan pinjaman ini disediakan oleh BSN ini bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.

SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN FSA2

Anda boleh membuat semakan kelayakan seperti berikut:

  • Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu
  • Semak kelayakan di i-Akaun
  • Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023
    • BSN
    • MBSB

JUMLAH PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN

Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya. Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

 CONTOHAhmadRitaSara
Baki simpanan Akaun 2RM70,000RM3,000RM7,500
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskanRM10,000TiadaRM5,500
Amaun kelayakan awalRM50,000

Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000

RM3,000RM0

Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000

Walau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

KADAR BAYARAN BULANAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN

Ahli KWSP yang layak mendapatkan pembiayaan ini masih perlu membuat bayaran semula setiap bulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan tempoh yang dipilih.

 TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN

Bank Simpanan Nasional akan menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 15 April 2023.

CARA PERMOHONAN PINJAMAN KWSP BERCAGAR BSN

Kepada ahli KWSP yang memenuhi kelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan rasmi BSN: https://www.bsn.com.my
  2. Permohonan selanjutnya akan dikemaskini setelah tarikh permohonan dibuka

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pinjaman KWSP Bercagar BSN, anda boleh melayari portal rasmi BSN di pautan https://www.bsn.com.my

ARTIKEL BERKAITAN:

Share your love

13 Comments

  1. Saya ada penyakit saluran arteri ke jantung tersumbat jadi kena ulang alik ke kota kinabalu jadi kos penerbangan menyebabkan gaji saya tidak cukup dan meyebabkan saya buat pinjaman eon..

  2. Apakah syarat untuk pinjaman kwsp bercagar Bsn FSA2
    Dan apakah dokumen yg perlu sy sediakan utk pinjaman ini

  3. Saya tiada kerja selama 2 tahun lalu iaitu semasa lockdown pertama
    Saya: Santimathy Maniam
    Saya perlu bayar untuk loan kereta bulanan….saya sudah habiskan all my service money for jelaskan untk pinjaman bank
    So please to help to get this amount from my KWSP
    Thank you 🙏

  4. Nak tanya, kalau jumlah di akaun 2 tidak cukup, blh cagar dari akaun 1 ke? especially untuk kes kesihatan.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *