PPAM (Permohonan & Semakan Perumahan Penjawat Awam)

PPAM (Permohonan & Semakan Perumahan Penjawat Awam)

Sistem Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) diwujudkan sebagai medium utama untuk penjawat awam membuat permohononan perumahan bagi memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.

APAKAH ITU PPAM?

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

SYARAT PERMOHONAN PPAM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Permohonan terbuka kepada penjawat awam:
    • Kerajaan Persekutuan dan Negeri
    • Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan
    • Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.
  2. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah penjawat awam kakitangan awam yang masih berkhidmat atau telah berpencen dan terbuka kepada semua gred jawatan.

JENIS PERUMAHAN PPAM 

Melalui skim ini terdapat pelbagai jenis rumah yang ditawarkan iaitu :

  • Jenis Teres
  • Apartmen
  • Rumah Bandar
  • Berkembar
  • Banglo (Sesebuah)

Setiap rumah akan menepati spesifikasi umum yang ditetapkan iaitu :

  • Jenis rumah (Type) : Bertanah atau bertingkat/apartmen. Kemudahan lif hendaklah disediakan semua jenis apartmen.
  • Saiz rumah : Sekurang-kurangnya hendaklah 850 kaki persegi (kp) bagi keluasannya. Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air pula bagi setiap rumah.
  • Reka Bentuk : Keselesaan penghuni dari segi pengudaraan dan pencahayaan, penjimatan kos pembinaan dan penyelenggaraan diambil kira bagi konsep ini.
  • Kemudahan perumahan adalah seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dimulai dari RM90,000 hingga RM300,000 untuk harga rumah.

LOKASI TUMPUAN PROJEK PPAM

Projek PPAM dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam. Anda boleh menyemak lokasi semasa mengikut negeri pilihan anda DI SINI

TARIKH PERMOHONAN PPAM

Permohonan perumahan penjawat awam ini tertakluk kepada projek perumahan yang dibuka. Oleh itu pemohon hendaklah sentiasa menyemak di portal online Perumahan Penjawat Awam Malaysia dari semasa ke semasa.

PERATURAN PERMOHONAN PPAM

Berikut adalah merupakan peraturan yang ditetapkan bagi permohonan ini iaitu:

  1. Setiap pemohon hanya layak membuat tiga (3) permohonan sahaja dalam satu-satu masa.
  2. Sekiranya terdapat permohonan projek yang dibatalkan, pemohon boleh memohon projek lain dengan syarat tidak melebihi tiga (3) permohonan lengkap.
  3. Pemohon hanya boleh memohon projek lain sekiranya tiada permohonan yang berstatus Terima Tawaran, S&P atau Pemilikan.
  4. Sekiranya pemohon mempunyai pasangan yang telah ditawarkan, pemohon adalah tidak layak untuk ditawarkan dan tidak dibenarkan memohon projek yang baru.
  5. Sekiranya pemohon mempunyai permohonan pada projek PPAM Perbadanan Putrajaya, pemohon tidak layak untuk ditawarkan.
  6. Pemohon boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa namun hanya satu projek akan ditawarkan bagi setiap isi rumah.
  7. Pemohon tidak dibenarkan menjual rumah yang dibeli dalam tempoh 10 tahun melainkan mendapat kelulusan daripada Kerajaan atau menjual kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak.

CARA PERMOHONAN PPAM

Kepada anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  • Layari laman web https://www.ppam.gov.my/.
  • Klik bahagian ‘Daftar.’
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  • Kemudian, log masuk denga memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Buat permohonan sehingga selesai.

Pemohon boleh merujuk manual pengguna di laman web berikut: KLIK DI SINI

nota: Tiada borang secara manual.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PPAM

Status permohonan boleh disemak di portal  dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem  adalah seperti berikut:

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

  • Lengkap : Sedang disemak .
  • Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  • Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
  • Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimanakah saya hendak mengetahui kelayakan bagi jenis rumah yang dipohon?

    • Sebelum memilih jenis rumah, anda dikehendaki menyemak kelayakan pinjaman dengan bank komersil atau LPPSA terlebih dahulu.

    Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan saya telah Berjaya?

    • Anda akan dihubungi melalui email dan paparan di dalam laman web ppam ini, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan

    Bolehkah saya memilih unit bagi jenis rumah yang saya pohon setelah permohonan saya Berjaya?

    • Tidak. Mengikut kaedah yang akan digunakan oleh Bahagian Perumahan Penjawat Awam Malaysia, pengundian akan dilakukan.

    Berapakah jumlah deposit yang perlu saya sediakan untuk Perjanjian Jual & Beli ?

    • Bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah semasa menandatangani Perjanjian Jual & Beli (SPA) perlu disediakan.

    Berapa lamakah tempoh yang saya ada untuk menguruskan kemudahan pinjaman?

    • Permohonan pembiayaan menggunakan pinjaman Kerajaan (LPPSA/lain-lain) atau bank komersial hendaklah diuruskan dan kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual & Beli perlu didapatkan.

    Berapa lamakah tempoh serahan kunci setelah projek ini siap?

    • Kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sebaik sahaja projek mendapat Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC), sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman projek ini

    MAKLUMAT LANJUT

    Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia
    Jabatan Perumahan Negara
    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
    Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
    Presint 4, 62100 Putrajaya
    Malaysia

    ARTIKEL LAIN
    Share your love

    Leave a Reply

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *