eBELIA RAHMAH (Terkini eMadani Boleh Claim RM100)
Kepada para BELIA dan MAHASISWA yang berkelayakan bakal menerima kredit secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program eBelia Rahmah. Bagaimana cara penebusan? Disini kami akan kongsikan keapda anda, semoga membantu.
Terkini,anda boleh claim eMadani bermula 4 Disember 2024 sebanyak RM100.
APA ITU eBELIA RAHMAH
Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan. Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia, menerusi tawaran kredit yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih
KELAYAKAN PENERIMA eBELIA RAHMAH
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi penerima program ini iaitu:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
- Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal)
KADAR BAYARAN eBELIA RAHMAH
Belia yang layak akan meneri RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara one-off melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan eWallet.
JENIS eWALLET TERLIBAT eBELIA RAHMAH
Berikut adalah merupakan eWallet yang terlibat menerusi program ini iaitu:
- Boost
- Setel
- Touch ‘n Go eWallet
NOTA: Penyedia perkhidmatan ewallet terlibat turut akan memberi insentif tambahan dalam bentuk baucer, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini
TARIKH PENEBUSAN eBELIA RAHMAH
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023,
CARA PERMOHONAN eBELIA RAHMAH RM200
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
- Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
- Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
NOTA: Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah
CARA PENEBUSAN KREDIT eBELIA RAHMAH SETEL
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat penebusan di aplikasi Setel iaitu:
- Buka aplikasi Setel di telefon anda
- Log masuk ke akaun anda. Sekiranya anda pengguna baru perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.
- Pada menu utama, klik pada bahagian eBeliaRahmah
- Kemudian, klik pada butang “Tuntut Sekarang”.
- Akhir sekali, notifikasi tuntutan berjaya dilakukan akan dipaparkan.
CARA PENEBUSAN KREDIT eBELIA RAHMAH BOOST
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat penebusan di aplikasi Boost iaitu:
- Buka aplikasi Boost di telefon anda
- Log masuk ke akaun anda. Sekiranya anda pengguna baru perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.
- Pada paparan utama, klik pada bahagian eBeliaRahmah
- Kemudian, klik pada butang “Mohon Sekarang”.
- Klik pada butang “Hantar” untuk menebus eBeliaRahmah tersebut.
- Akhir sekali, penebusan berjaya.
CARA PENEBUSAN KREDIT eBELIA RAHMAH TnG eWALLET
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat penebusan di aplikasi TnG eWallet iaitu:
- Buka aplikasi TnG eWallet di telefon anda
- Log masuk ke akaun anda. Sekiranya anda pengguna baru perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.
- Pada menu utama, klik pada bahagian eBeliaRahmah
- Kemudian, klik pada butang “Tuntut Sekarang”.
- Akhir sekali, notifikasi tuntutan berjaya dilakukan akan dipaparkan.
TEMPOH TERIMA KREDIT eBELIA RAHMAH
Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
SOALAN LAZIM (FAQ) eBELIA RAHMAH
Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?\
- Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar
Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak?
- Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit ini, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.
Bilakah saya akan menerima insentif e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini?
Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Maklumat lanjut mengenai eBelia Rahmah, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia
ARTIKEL LAIN
- CARA TOPUP RFID TOUCH n GO (Tambah Nilai Online & Lokasi Pembelian)
- PERMOHONAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG BELIA (Cara Claim Program Baucar RM75 myptv.my)
- SAVE 3.0 (Cara Tebus Claim Baucar Online Shopee, Lazada, Pg Mall & Pembelian Manual)
Semakan bantuan eWallet no
161099227234
Bantuan eWallet RM150
bantuan eWallet 150
bantuan ewallet RM150
Bantuan ewallet RM150
I need ur help I can’t resign my tng 150 ringgit
Mohon
Bantuan TNG RM 150
Boss bagi e Wallet RM 200 Bo’ss atau 150 boss tng tlg boss perlukan duit
bantuan TNG 150
Bantuan 200
Rm150
150
Bantuan ebelia
Bantuan e belia
Bantuan e belia