PTPTN ONLINE (Semakan Baki & Bayaran Balik)
APAKAH ITU PTPTN ONLINE?
Pada masa sekarang, dengan beban kos pendidikan yang kian meningkat, anak-anak yang ibu bapanya tidak berkemampuan untuk membiayai mereka harus beralih kepada bantuan biasiswa ataupun pinjaman pendidikan sekiranya permohonan bantuan biasiswa tidak berjaya.Apa itu PTPTN Online?
Salah satu pinjaman pendidikan yang paling sesuai dengan kadar bunga yang paling rendah adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan dana pinjaman pendidikan untuk bakal mahasiswa dan mahasiswi menyambung pengajian peringkat tinggi di Malaysia.
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara membuat semakan baki PTPTN untuk memudahkan pelajar dalam membuat pembayaran balik menurut jadual.
Hanya dengan menggunakan langkah yang dikongsikan, anda boleh mengetahui jumlah baki Pinjaman PTPTN yang patut dilangsaikan.
Pembayaran baki PTPTN boleh dibuat di kaunter atau melalui Direct Debit akaun bank.
Sudahkah anda menyemak???
Cara Semak Baki PTPTN Secara Online
Langkah 1:
Layari Laman Web PTPTN
silalayari https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
Langkah 2:
Masukkan No Kad Pengenalan anda
Langkah 3.
Tekan Search
Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulan dan setiap transaksi bayaran yang dilakukan. Mengapa bersusah payah? Semuanya sudah tersedia di hujung jari!
Cara Semak Baki PTPTN Melalui SMS
i. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
ii. Hantarkan SMS ke 15888
iii. Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin atau no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455; atau
iv.Hubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn
v. Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.
CARA BAYARAN BALIK
Pelbagai cara bayaran balik pinjaman PTPTN yang boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Namun masih ramai ramai juga yang tidak tahu cara untuk membuat pembayaran kepada pihak PTPTN.
1. Bayar Di Kaunter
pembayaran PTPTN melalui kaunter boleh dibuat secara walk-in. Kita boleh membayarnya di cawangan PTPTN seluruh negara, kaunter-kaunter di Bank Rakyat, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, dan juga di Pejabat Pos Malaysia.
Namun jangan lupa, kena ambil nombor giliran dan mungkin mengambil masa sedikit untuk sampai giliran kita untuk bayar di kaunter.
2. Perbankan Internet PTPTN Online
Bagi yang celik internet, kita semestinya boleh membayar hutang PTPTN dengan cara ini yang mudah dan cepat.
Hampir semua bank popular di kalangan rakyat Malaysia boleh, seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Ambank, Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Pos Online, Agrobank, Affin Bank, dan juga Bank Simpanan Nasional.
3. MyPay PTPTN
Selain itu, kita boleh lunaskan hutang PTPTN melalui platform yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan telah menyediakan Portal Rasmi Online Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia iaitu www.mygovmobile.malaysia.gov.my.
Layari sahaja portal online ini untuk membuat pembiayaan.
4. Portal Rasmi PTPTN (FPX)
Pihak PTPTN juga menyediakan perkhidmatan bayar balik menggunakan FPX, kita boleh login daripada laman web PTPTN. Di antara akaun bank yang boleh anda gunakan adalah Bank Muamalat, Affin Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Public Bank Hong Leong Bank, RHB Bank,, Maybank, Ambank, United Overseas Bank (UOB), dan CIMB bank.
5. Melalui Potongan Gaji
membuat potongan gaji, ianya memudahkan urusan kita dalam membayar hutang PTPTN. Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN. Cetak dan isi borang dengan lengkap, kemudian hantar borang tersebut beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN.
Potongan gaji boleh dibuat melalui majikan atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Namun, kita harus rujuk kepada pihak PTPTN terlebih dahulu terutamanya tentang jumlah bayaran bulanan dan tempoh bayaran balik.
6. Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Cara ni mungkin tidak seberapa meluas. tapi sebenarnya kita juga boleh membayar PTPTN dengan dua kaedah kaedah pengeluaran KWSP
Pertama, isi Borang Permohonan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan di mana-mana Pejabat KWSP. Kedua, peminjam boleh membuat e-pengeluaran melalui online sahaja.tepuk dada, tanya selera. Mana satu pilihan anda?
7. Electronic Data Capture (EDC) Terminal
Akhir sekali, kita boleh membuat bayaran di seluruh kaunter PTPTN seluruh negara dengan menggunakan kad debit, kad kredit (Mastercard dan Visa ), atau pun kad ATM bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS. Namun, kaedah ini memerlukan kita walk-in ke cawangan PTPTN, dan mungkin mengambil masa sedikit .
CARA GUNA APLIKASI MyPTPTN (Semakan Baki & Bayaran Balik)
myPTPTN merupakan aplikasi mudah alih bagi memudahkan penggunanya. Antara perkhidmtan yang ditawarkan adalah:
- Semakan penyata pinjaman
- Bayaran balik pinjaman
- Semakan penyata Simpan SSPN
- Pembukaan akaun
- Penambahan deposit Simpan SSPN
- Permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda seharusnya daftar terlebih dahulu seperti berikut:
- Muat turun aplikasi myPTPTN di Google Store dan Apple App Store.
- Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Set kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.
- Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email.
- Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.
- selesai, seterusnya anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
ARTIKE LAIN
CARA BAYAR PTPTN ONLINE/POTONG GAJI(Guna CIMB CLICKS/MAYBANKU2/RHB NOW/i-RAKYAT/PBE BANK)
TEMUJANJI PTPTN ONLINE(Cara Tempah & Booking Slot e-JanjiTemu)
SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN (CARA CHECK & DAPATKAN NO ONLINE)
Unable to register using mobile app. Screen is frozen when it hits verification. Unable to move the jigsaw puzzle piece and unable to do anything. Hence, unable to proceed to register.