CARA SEMAK SAMAN GUNA RILEK (Check rilek.com.my)
Susah dan malas nak beratur ke balai polis untuk bayar saman dan semak saman. Jangan risau,kami akan kongsikan bagaimana Cara Semak Saman Guna RILEK (Check rilek.com.my). Kini, segalanya mudah dengan hanya membuat semakan secara online di laman web Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK).
Apa itu RILEK?
Rilek ini berasal daripada perkataan Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan. Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd (KOMMS) ialah sebuah syarikat konsesi untuk Aplikasi Utama Kerajaan Elektronik Malaysia dari Koridor Raya Multimedia (MSC). Perjanjian ini telah membuka jalan untuk pelaksanaan “Aplikasi Layanan Awam Dalam Talian” di seluruh negara yang dirancang untuk memberikan akses mudah kepada orang ramai ketika bertransaksi dengan Jabatan / Agensi Kerajaan. Selain MyEG, RILEK yang merupakan portal menyemak dan membayar saman
RILEK selalu juga memberi potongan harga kepada yang ingin membayar saman bergantung pada syarat semasa. Potongan diskaun terbaru pembayaran saman PDRM melalui portal RILEK ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
CARA DAFTAR AKAUN RILEK
- Sila layari laman web rasmi Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) = (https://www.rilek.com.my/register)
- isi ruangan Email dengan memasukkan email anda yang aktif
- isi ruangan First Name dengan nama pertama anda
- kemudian, isi ruangan Last Name dengan nama terakhir anda
- Seterusnya, di ruangan nombor telefon, pilih 3 digit nombor pertama dari nombor telefon anda dan selebihnya masukkan nombor telefon anda
- dibahagian ID No. sila masukkan nombor kad pengenalan anda (anda juga boleh memilih samada anda ingin memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor passport atau nombor polis atau nombor tentera)
- Seterusnya, dibahagian Password, anda diminta untuk cipta satu kata laluan
- masukkan kata laluan tersebut (dengan syarat, kata laluan anda haruslah sekurang-kurangnya 8 perkataan, mempunyai sekurang-kurangnya 1 apa-apa jenis simbol contoh: (@!%$#), dan mengandungi apa-apa jenis nombor)
- Kemudian, dibahagian Confirm Password, masukkan semula Kata Laluan anda
- Seterusnya, Sila tik pada kotak pengakuan I’m Not A Robot
- Kemudian, klik pada butang Register dan butang Done pada pop up page
- Seterusnya, anda akan menerima email daripada RILEK kepada anda untuk Account Activation / Pengaktifan Akaun. Sila buka email RILEK anda dan anda perlu copy Activation Code dalam email tersebut dan klik pada link yang diberi untuk pengaktifan akaun anda
- Akhirnya, anda boleh log masuk ke akaun RILEK anda
CARA SEMAK SAMAN RILEK
Langkah 1 : Sila layari laman web RILEK di alamat yang berikut: www.rilek.com.my
Langkah 2 : Jika belum daftar akaun dengan RILEK, klik ‘Register’ untuk daftar. Maklumat untuk pendaftaran adalah lebih ringkas berbanding yang diminta MyEG. Selepas isi, klik butang ‘Register’
Langkah 3 : Selepas siap daftar, anda akan diminta untuk mengisi Activation Code yang dihantar ke emel yang didaftarkan. Jadi, terus sahaja Login menggunakan emel dan password yang didaftarkan tadi.
Langkah 4 : Untuk semak saman trafik online, klik pada perkataan PDRM, JPJ, DBKL
Langkah 5 : Masukkan nombor MyKad dan terus klik ‘Next’
Jika tiada saman tertunggak, paparan seperti berikut akan dipaparkan :-
CARA BAYAR SAMAN GUNA RILEK
Langkah 1 : Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Kemudian klik butang ‘Pay Selected Summons’.
Langkah 2 : Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Kemudian, klik butang ‘Pay Summons’
Langkah 3 : Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan.
Langkah 4 : Selepas bayaran disahkan, maka anda selesai membuat bayaran saman online menerusi RILEK. Anda boleh cetak resit bayaran sebagai bukti bayaran.
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Email: [email protected]
Tel: 603-77319289
Fax: 603-77317835
ARTIKEL LAIN
CARA BAYAR SAMAN DBKL ONLINE(Cepat & Senang)
CARA BAYAR SAMAN PDRM (Guna Mesin ATM Maybank)
CARA CHECK BAYAR SAMAN MySIKAP(public.jpj.gov.my)
Cara caht saman