SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT
Aplikasi MySejahtera ini boleh di muat turun secara percuma di dalam telefon pintar masing-masing. Tujuannya adalah untuk membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan Cv19 di dalam negara.Sekaligus, aplikasi ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk mendaftar program vaksinasi. Bagaimana cara ingin kemaskini janjitemu vaksinasi? Di sini kami kongsikan cara kemaskini vaksinasi dan atasi ralat di semakan Help Desk MySejahtera, semoga membantu.
APA ITU HELP DESK MYSEJAHTERA
Helpdesk MySejahtera satu web untuk memberi panduan kepada pengguna yang mahu mengemas kini nama, nombor kad pengenalan atau pasport, ID pengguna atau mahu memadamkan akaun MySejahtera.
Fungsi Helpdesk juga itu boleh membantu pengguna mendapatkan maklumat status penilaian yang belum dikemas kini selepas mereka tamat tempoh kuarantin, janji temu vaksinasi serta lain-lain pertanyaan.
MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA
Bagi yang belum memiliki aplikasi MySejahtera, ada boleh muat turun di sini:
- Bagi pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera&hl=en&gl=US
- Bagi pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630
CARA BUAT SEMAKAN & PERTANYAAN DI HELP DESK MYSEJAHTERA
Sekiranya anda ingin membuat semakan dan pertanyaan di Help Desk MySejahtera, anda perlu buka aplikasi MySejahtera anda dan pergi ke menu Help Desk. Anda juga boleh tekan link di bawah berkaitan dengan isu yang anda hadapi:
- Janji temu vaksinasi:
- 60 tahun ke atas tetapi belum menerima Temujanji (Fasa 2):
- Saya ingin mengemaskini Nama, No Kad Pengenalan / Pasport / ID Pengguna atau Memadam akaun saya:
- Saya telah “Muat Semula” halaman profil tetapi Tarikh dan Masa tidak berubah:
- Status penilaian saya belum dikemaskini meskipun saya telah tamat tempoh kuarantin:
- Saya telah disahkan Positif COVID 19 dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM:
- Saya ingin mengetahui lebih lanjut berhubung Vaksin Covid 19 (Fasa 2)
- Saya tidak boleh log/akses masuk ke Aplikasi:
- Saya ingin bertanya mengenai risiko / penilaian kesihatan:
- Saya menghadapi masalah ungtuk mengimbas kod QR/ daftar masuk:
- Berkaitan Hal-Hal lain:
Berikut adalah merupakan isu asas, anda boleh tekan pautan yang berkaitan dengan persoalan anda, kemudian akan dimajukan kepada sub soalah berkaitan. Anda dikehendaki mengisi maklumat yang diperlukan sekiranya berkaitan.
NOTA: Respon berkenaan anda akan direkodkan dan akan dikemaskini oleh Help Desk MySejahtera.
SOALAN LAZIM
Apakah aplikasi MySejahtera?
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan
Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Siapakah pengguna aplikasi MySejahtera?
Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
- Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia
- Pentadbir aplikasi di KKM
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumagt lanjut tentang semakan Help Desk MySejahtera, anda boleh layari pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
ARTIKEL LAIN
PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN
CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)
CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)
Saya dulu menggunakan nombor ( H/p : 017- 2675826 )
Sekarang Saya menggunakan nombor ( H/p : 012- 7378369 )
Saya hendak register vaksin. Dalam my sejahtera Saya tak boleh daftarkan untuk vaksin.
Dalam sistem menunjukkan sudah daftar dalam ( H/P lama Saya iaitu ( 017- 2675826. ) Tapi nombor itu Saya tak guna lagi. Macam Mana nak selesaikan masalah Saya ini.
Harap maklum pihak atasan meyelesaikan masalah Saya ini.
sekian terima kasih.
Phone says hilang, says dah beli phone baru tapi tak dapat sign in, sekarang saya tidak dapat daftar kerana no phone sudah daftar di telefon bimbit yang hilang.
saya sudah lakukam
n dos penggalak pada 19 dis 21,sampai sekarang dalam my sejahtera tiada rekod, malah di suruh ambil berkali diylang, apa silapnya, beri penjelasan no hp sa 0183880343
Saya xdpt daftar my sejahtera sy sbb sy tukar no telefom dn telefon.no lame sy xguna .skrg sy xboleh nk buka ..mcm mne cara nye
Sy nk buka my sejahtera xdpt sbb sy tukar no bru dn tepon bru.ade cara tak untuk membuka