SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE:CHECK BALANCE

SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE:CHECK BALANCE MyASNB & MAYBANK2U

Seperti kebiasaan pada setiap-setiap tahun, Menjelang tahun baru, sudah pasti palabur risiko rendah seperti pelabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan ramai membuat urusan di kaunter mana-mana cawangan dan agen ASb untuk menyemak penyata kewangan. Ini kerana seperti yang diketahui, pada hujung tahun adalah masa untuk ppelabur menuai hasil daripada pelaburan yang dibuat mereka di ASB. Bagi memudahkan urusan anda dan tidak perlu ke kaunter ,kami akan kongsikan bagaimana cara untuk buat SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE diportal myasnb.com.my dan perbankan internet maybank2u.com.my.

Anda juga boleh membaca cara buat SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN 

MAKLUMAT UMUM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) DAN PORTAL myASNB

ASNB adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB. Setelah 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini mengurus 15 dana yang bernilai RM267.12 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2020.

Selain itu, pihak ASB teleh membuat Pelancaran portal msASNB atau ASB online. Hal ini juga merupakan salah satu berita baik buat pengguna Amanah Saham Nasional Berhad.

Melalui portal myASNB ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membuat simpanan / menambah pelaburan ataupun buat semakan status baki asb online .

SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE DI MyASNB

Pada hari ini, kami akan mendedahkan anda bagaimana cara untuk membuat semakan dataupun check pelaburan anda di ASB melalui MyASBN. Hal ini wajar kami kongsikan agar anda semua tidak perlu lagi bersusah payah ke kaunter. Di rumah pon anda sudah dapat membuat urusan ASB menggunakan servis secara online. Ya, ianya percuma. REGISTER LOGIN MyASNB :SEMAKAN PENYATA AKAUN ASB ONLINE

Langkah awal:

  1. Anda perlu Pergi ke mana-mana cawangan ASB atau ejen ASNB berhampiran contoh agen ASB adalah pejabat pos, maybank, cimb.
  2. Daftarkan nombor telefon bimbit anda melalui khidmat pelanggan di kaunter atau ejen untuk pengesahan TAC number yang akan dihantar ke nombor telefon anda. Pastikan gunakan normor telefon yang aktif.

Langkah kedua

  1. Anda perlu melayari portal MyASNB dengan menaip seperti berikut ataupun terus klik sahaja link berikut https:/myasnb.com.my
  2. Pada halaman utama portal, cari dan klik pada butang Daftar Di Sini.
  3. Anda perlu membaca terma dan syarat. Fahami syarat tersebut.
  4. Klik Tick pada kotak setuju sekiranya anda menerima terma dan syarat yang ditetapkan pihak ASB.
  5. Seterusnya, isikan maklumat peribadi yang dipinta.
  6. Buat pilihan jenis kad pengenalan
  7. Isikan nombor kad pengenalan di ruangan tersedia.
  8. Pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki.
  9. Klik pada butang Seterusnya.
  10. Semak semula nombor telefon anda yang tertera.
  11. Klik pada Permintaan TAC.
  12. Tunggu Pengesahan nombor TAC yang akan dihantarkan melalui SMS.
  13. Anda perlu mengisi 6 digit TAC number yang dihantarkan di ruang yang disediakan
  14. Seterusnya, isikan maklumat akaun seperti cipta ID pengguna, frasa keselamatan dan sebagainya.
  15. Klik pada butang Tamat.
  16. Anda akan diberikan kata laluan sementara setelah selesai proses pendaftaran.
  17. Gunakan kata laluan sementara tersebut untuk buat login kali pertama.
  18. Tetapkan kata laluan baru anda setelah proses login berjaya dilakukan.
  19. Kini anda boleh semak baki ASb anda secara online.
  20. Baki pelaburan anda akan dipaparkan pada skrin utama.

SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE DI APLIKASI Maybank2u

Selain menggunakan portal MyASNB , Anda juga boleh melakukan semakan di telefon pintar anda menerusi aplikasi Maybank2u. apa yang anda perlukan?. Sudah pasti anda mestilah seorang pengguna maybank dan mempunyai akaun Maybank2u untuk membuat semakan melalui cara ini.

1.Muat turun dan dapatkan aplikasi Maybank2u di telefon pintar anda.

2.Klik pada pautan

3.Tekan skrin pada logo aplikasi Maybank2u ditelefon pintar anda.

4.Login akaun Maybank2u anda.

5.Pada halaman utama aplikasi, anda perlu klik pada Account di bahagian atas.

6.Paparan Select Account Type akan terpampang di skrin telefon anda.

7.Pilih Wealth.

8.Tekan pada View di akaun ASNB anda.

9.Baki ASB anda akan terpapar bersama maklumat umum akaun.

MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH HUBUNGI PERKONGSIAN DI BAWAH

Pusat Khidmat Pelanggan ASNB

03 – 7730 8899

Waktu Operasi

Isnin  – Ahad : 8.00 pagi – 10.00 malam

(kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)

[email protected]

Share your love

9 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *