STATUS SAHAM PATUH SYARIAH (Bursa Malaysia & Global)

SEMAKAN STATUS SAHAM PATUH SYARIAH (Bursa Malaysia & Global)

Sebagai pelabur yang ingin melabur di pasaran saham Malaysia semestinya ingin mengetahui sama ada status saham tersebut patuh syariah. Kini terdapat banyak screener, aplikasi, laman web dan trading platform yang dapat membantu kita mengenal pasti  patuh syariah saham sesebuah syarikat.

Bagaimana cara untuk membuat semakan  saham patuh syariah bagi dalam Malaysia dan peringkat Global? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

SEMAKAN STATUS SAHAM PATUH SYARIAH  BURSA MALAYSIA

Bagi semakan status syariah Bursa Malaysia, di antara contoh screener yang membolehkan kita mengaktifkan mod syariah adalah Bursa Marketplace dan juga Trading Platform  RHB Tradesmart milik anda. Berikut adalah merupakan caranya:

Semakan Status Saham Guna MarketPlace

  1. Layari pautan https://www.bursamarketplace.com/
  2. Pada paparan utama, klik pada 3 garis yang berada di sebelah bucu atas kanan
  3. Kemudian aftikan Syariah Mode dengan klik pada simbol berbentuk Bulan Sabit
  4. Kemduian klik pada Searh dan masukkan nama saham pilihan anda
  5. Sekiranya status saham anda patuh syariah, akan tertera simbol bulan sabit atas nama saham pilihan anda.

Semakan Status Saham Guna Trading Platform  RHB Tradesmart

  1. Buka Trading Platform RHB Tradesmart yang anda miliki
  2. Saham dengan status syariah anda mempunyai simbol bulat yang berada di penjuru nama saham pilihan anda.

SEMAKAN STATUS SAHAM PATUH SYARIAH  GLOBAL

Sekiranya anda ingin mengetahui status syariah saham di peringkat global, di sini kami akan menerangan semakan menggunakan  aplikasi Islamicly.

Apa Itu Aplikasi Islamicly

Islamicly hadir dalam bentuk aplikasi telefon pintar dan juga dalam bentuk lawan web untuk dilayari menggunakan komputer atau laptop. Islamicly merupakan platform yang menawarkan pelabur beragama Islam dengan maklumat yang tepat dan kajian yang berterusan untuk semak saham patuh syariah yang didagangkan di seluruh dunia.

Muat Turun Aplikasi Islamicly

Berikut merupakan pautan muat turun aplikasi:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS 

Cara Semakan Status Guna Aplikasi Islamicly

  1. Buka aplikasi Islamicly anda
  2. Masukkan emel dan kata laluan. Kemudian, log masuk. Sekiranya anda pengguna baru, anda hendaklah klik pada Click Here To Register, untuk daftarkan akaun anda terlebih dahulu.
  3. Kemudian pilih pasaran negara yang dikehendaki
  4. Masukkan nama atau kod saham yang ingin disaring
  5. Pastikan anda pilih saham yang betul dan klik pada saham tersebut.
  6. Status syariah saham tersebut akan terpapar di laman web setelah anda klik saham itu tadi.

NOTA: Sekiranya saham pilihan kita tidak dijumpai, kita sebagai pengguna boleh membuat permintaan kepada pihak Islamicly untuk membantu membuat saringan ke atas saham tersebut.

ARTIKEL LAIN

CARA BELI BITCOIN MALAYSIA : CARA BUKA AKAUN, DEPOSIT, BELI DAN JUAL SEMULA BITCOIN

DAFTAR AKAUN WAHED INVEST MALAYSIA:CARA REGISTER LOGIN ONLINE(APLIKASI PELABURAN PATUH SYARIAH)

i-INVEST KWSP: Cara Daftar Skim Pelaburan Pencarum

CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet (Macam Mana Nak Mula Pelaburan)

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *