TALIAN KASIH:CARA HUBUNGI NO TELEFON BILIK GERAKAN JKM SETIAP NEGERI(SENARAI NOMBOR)

TALIAN KASIH:CARA HUBUNGI NO TELEFON BILIK GERAKAN JKM SETIAP NEGERI(SENARAI NOMBOR)

TALIAN KASIHCARA HUBUNGI NO TELEFON BILIK GERAKAN JKM SETIAP NEGERI(SENARAI NOMBOR)

 

JKM sedia membantu berhubung permohonan bantuan COVID-19 dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam tempoh pandemik ini.

Bagaimanakah cara hubungi  no telefon Bilik Gerakan JKM bagi setiap negeri di Malaysia?

Sebarang pertanyaan, pihak klien boleh menghubungi No. Telefon Bilik Gerakan JKM yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari waktu bekerja.

APA ITU TALIAN KASIH JKM?

Jika anda mengalami situasi berikut atau anda mengetahui jiran anda atau sesiapa yang lain mengalami situasi yang menyukarkan, sila hubungi Talian Kasih di 15999 atau menerusi aplikasi Whatsapp di 019 261 5999.

Talian bebas tol ini yang beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun adalah talian integrasi yang merupakan penghubung antara kumpulan sasar dengan pihak kementerian bagi tujuan pertanyaan, aduan dan pemohonan bantuan.

APAKAH FUNGSI TALIAN KASIH JKM?

Ia diwujudkan bagi menangani isu berkaitan kumpulan sasar kementerian antaranya penderaan kanak-kanak dan wanita, kaunseling, gelandangan, perlindungan, kebajikan, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif, masalah sosial remaja, mangsa bencana, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan isu pemerdagangan orang.

Jika anda mengetahui sesiapa yang memerlukan bantuan, atau anda sendiri memerlukan tele-kaunseling, sila hubungi Talian Kasih pada nombor yang tertera.

Sekiranya perlu, terus laporkan lepada pihak polis.

Anda nak buat Semakan  Status Priharin Kasih?

SENARAI NOMBOR TELEFON BILIK GERAKAN JKM

 

TALIAN KASIHCARA HUBUNGI NO TELEFON BILIK GERAKAN JKM SETIAP NEGERI(SENARAI NOMBOR)

SOALAN LAZIM

Jika saya terputus bekalan makanan Bagaimana talian kasih dapat membantu?

Jika pemanggil mengadu mereka putus bekalan makanan,kami akan menghantar notifikasi kepada JKM yang terdekat dengan pemanggil untuk mengambil tindakan.

Jika saya menghadapi situasi penderaan kanak-kanak Bagaimana talian kasih dapat membantu?

Sekiranya ada panggilan berkaitan penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga. Sekiranya perlu, kita akan terus menghubungi polis untuk membuat semakan di tempat kejadian.

Boleh ke saya ingin mendapatkan nasihat kaunselor melalui taliankasih?

Ye boleh,petugas juga akan menyambung talian kepada kaunselor berdaftar sekiranya pemanggil memerlukan perkhidmatan tele-kaunseling.

KPWKM mempunyai sukarelawan kaunselor yang akan memberi khidmat E-kaunseling iaitu satu bentuk perhubungan menolong secara tidak bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien.

Boleh ke saya nak buat aduan tentang kemudahan OKU melalui WhatsApp Talian Kasih?

Boleh,Aduan melalui WhatsApp sebenarnya disediakan untuk kemudahan OKU pekak dan bisu tetapi kami turut menerima banyak mesej daripada semua golongan yang lebih selesa untuk menggunakan kaedah ini bagi membuat aduan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang semua urusan permohonan  bantuan kebajikan boleh boleh dibuat secara ATAS TALIAN ebantuanjkm.jkm.gov.my

Untuk info terkini, sila layari Portal Rasmi JKM di www.jkm.gov.my dan Laman Rasmi Media Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat

2 thoughts on “TALIAN KASIH:CARA HUBUNGI NO TELEFON BILIK GERAKAN JKM SETIAP NEGERI(SENARAI NOMBOR)”

Leave a Comment