PERMOHONAN UNDI POS PRN-15 Selangor Pulau Pinang Negeri Sembilan Kedah Kelantan Terengganu(Apply Online myspr.spr.gov.my)
Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan /Dewan Negeri/Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada YB Speaker Dewan masing-masing. Sehubungan itu pihak SPR telah mengumumkan bahwa permohonan undi pos dalam dan luar negara dan dalam negara bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15) telah mula dibuka serta merta. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu
TARIKH PENTING PRU DUN KE-15
Bagi maksud menjalankan PRU DUN Ke-15, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
- Tarikh Keluar Writ : 5 Julai 2023 (Rabu)
- Hari Penamaan Calon : 29 Julai 2023 (Sabtu)
- Hari Mengundi Awal : 8 Ogos 2023 (Selasa)
- Hari Mengundi : 12 Ogos 2023 (Sabtu)
TEMPOH BERKEMPEN PRU DUN KE-15
Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 29 Julai 2023 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 11 Ogos 2023 (Jumaat).
KATAGORI UNDI POS PRU DUN kE-15
Berikut adalah merupakan antara katagori bagi penggundian melalui pos iaitu:
- Katagori 1A
- Petugas pilihan raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan petugas media
- Katagori 1B
- Warga Malaysia yang berada di luar negar
- Katagori 1C
- Agensi/Organisasi
TARIKH PERMOHONAN UNDI POS PRU DUN KE-15
Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula dari 15 Jun 2023 (Khamis). Manakala tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:
- 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media): 26 Julai 2023 (Rabu)
- 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara): 8 Julai 2023 (Sabtu)
- 1C (Agensi / Organisasi): 11 Julai 2023 (Selasa)
CARA PERMOHONAN UNDI POS PRU DUN KE-15
Permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A, Kategori 1B dan Kategori 1C dilaksanakan secara dalam talian (online). Berikut adalah merupakan cara permohonan undi pos secara online iaitu:
- Layari portal MySPR: https://myspr.spr.gov.my/login
- Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU. (sekiranya anda belum daftar lagi
- Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
- MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
- Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
- Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
- Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
- Klik menu STATUS SAYA.
- Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
- Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
- Setelah selesai, tekan butang HANTAR
NOTA: Bagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara (Pth Luar Negara)
- PTH Luar Negara tidak perlu memohon untuk mengundi pos.
- Sila kemaskini alamat dan nombor telefon anda sekiranya telah berpindah atau telah kembali ke Malaysia dengan menghubungi talian +603-8892 7218 atau emel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 23 Jun 2023 (Jumaat).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi talian +603-8892 7218 atau +603-8892 7200 atau +603-8892 7080 (Unit Pengurusan Undi Pos)
MySPR DAFTAR:SEMAKAN STATUS & KEMASKINI PEMILIH(Cara Tukar Tempat Mengundi)
Taman universiti skudai johor bahru
Saya sekarang berada dinegara Singapura berkerja.Bolehkah saya Undi online ? Terima kasih !