CARA PINDAH TUKAR PADAM MAKLUMAT DEPENDENT(Daripada Akaun Orang Lain Ke Akaun MySejahtera Sendiri)
Terkini atas kelonggaran yang diberikan kepada yang sudah lengkap 2 dos vaksin dah telah melepasi tempoh dari dos kedua, telah diberikan kebenaran untuk memasuki premis. Sijil vaksin digital ini diperlukan sebagai buktikan kita sebagai penerima vaksin lengkap.
Semasa membuat pendaftran vaksin, selalunya kita akan daftar di bawah tanggungan (samada suami/isteri/ibu/bapa/anak) untuk memudahkan pendaftaran, tetapi bagaimana pula untuk penggunaan sijil digital vaksin ingin memamsuki premis.
Tetapi bila dah lengkap vaksin, sekarang anda ingin pindahkan maklumat ke handphone sendiri supaya lebih mudah kalau nak ke mana-mana nanti. Tetapi bagaimana CARA PINDAH TUKAR PADAM MAKLUMAT DEPENDENT? Disini kami kongsikan cara untuk alihkan maklumat tanggungan MySejahtera ke handphone sendiri.
RUJUKAN DARI HELPDESK MYSEJAHTERA
Semakan di Helpdesk MySejahtera menunjukkan bahawa pendaftaran tanggungan boleh dibatalkan oleh pemilik akaun MySejahtera iaitu perlu klik pada “Memadam tanggungan vaksin”. Selepas dipadam, tanggungan yang berkenaan boleh mengesahkan nama dan nombor kad pengenalannya dalam akaun sendiri (di hanphone sendiri).
Untuk alihkan maklumat tanggunggan dalam handphone sendiri, terdapat dua langkah yang perlu dilakukan, iaitu padam dari tanggung, dah daftar baru di handphone tanggungan. Berikut adalah caranya:
Padam Tanggungan Dalam MySejahtera
- Anda perlu padamkan nama anda(tanggungan) dalam telefon bimbit suami/isteri atau sesiapa yang telah memdaftarkan nama anda sebagai tanggungan (dependent).
- Klik pada‘Remove Dependent’ di bawah ikon COVID-19 Vaccination.
Daftar Di Handphone Sendiri
- Setelah delete nama anda(tanggungan) di handphone suami /isteri/anak tadi, barulah boleh daftar akaun MySejahtera di handphone sendiri.
- Pastikan anda telah install my sejahtera terlebih dahulu.
- Klik pada ikon COVID-19 VACCINATION
- Klik Vaccine for Nama Anda
- Sahkan Maklumat anda dan tekan CONFIRM.
- Jawab kesmua soalan yang tertera.
- Setelah selesai menjawab, sahkan sekali lagi dan tekan butang Submit.
- Notifikasi Pendaftaran Selesai akan diterima.
- Selepas dah terima notifikasi Pendaftaran Selesai, anda boleh semak sijil digital vaksin anda seperti biasa.
CARA SEMAKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN BAGI PEMILIK SIJIL
Sekiranya anda ingin menyemak sijil digital vaksin anda, berikut adalah caranya:
- Log masuk ke akaun MySejahtera.
- Klik ikon Profil yang berada di sebelah kanan bawah aplikasi.
- Profil akan memaparkan maklumat anda seperti Nombor Telefon, Nombor Kad Pengenalan, Negeri, Status Risiko COVID19 dan Sijil Digital Vaksinasi anda.
- Skrol hingga ke bawah dan anda boleh melihat Sijil Digital Vaksinasi anda yang telah dijana.
ARTIKEL LAIN
PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN
SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT
CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)
CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)
Hai..saya penguna my sejahtra,,saya nak tukar my sejahtra ke telifon yang laen..saya telah buat mengikot seperti yang di beritahu dalam halpdesk tetapi saya masih belum terima email dari my sejahtra,sudah menutup akaun my sejahtra..boleh beri nombor untuk saya hubungi,,ataw boleh call saya di 0125780736