CARA DAFTAR & PERMOHONAN KERJA POLIS
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi petugas barisan hadapan iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), anda boleh berbuat demikian dengan merujuk portal rasmi epengambilanpdrm.rmp.gov.my. Melalui portal ini, anda boleh memohon untuk berkhidmat bersama PDRM berdasarkan kretiria yang ditetapkan. Berikut adalah cara register login dan membuat permohonan kerja PDRM.
Semakan permohonan di laman sesawang e-Pengambilan PDRM bermula 09 Januari 2024 hingga 20 Januari 2024
APAKAH EPENGAMBILAN PDRM?
PEPENGAMBILAN PDRM adalah sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik. Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
CARA DAFTAR & LOGIN PORTAL (epengambilanpdrm.rmp.gov.my)
Berikut ialah cara untuk mendaftar untuk membolehkan anda memohon jawatan di PDRM. Terpakai untuk kedua-dua bumiputera dan bukan bumiputera.
- Layari portal rasmi epengambilan PDRM diportal MOHON KERJA POLIS
- Klik pada butang Pendaftaran Baru untuk register ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Isikan maklumat seperti yang diminta dan klik pada butang Serah.
- Semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
- Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula portal e-Pengambilan klik pada pautan “Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID” untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan Lupa Kata Laluan.
- Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan “Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan”.
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PDRM (epengambilanpdrm.rmp.gov.my)
Setelah anda berjaya membuat pendaftaran akaun, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong PDRM. Berikut adalah cara untuk memohon jawatan yang ditawarkan :
- Login portal ePengambilan PDRM dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata laluan yang anda daftarkan.
- Sebelum itu, anda juga boleh membuat semakan jawatan untuk melihat kekosongan dan syarat kelalayakan memohon.
- Klik pada menu Permohonan Polis dan klik Permohanan Baru.
- Masukkan maklumat yang diminta :
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Keluarga
- Maklumat Akademik
- Maklumat Ko-kurikulum
- Pada butangPermohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
- Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Untuk butang Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
- Buat pengesahan sekali lagi untuk memastikan tiada maklumat salah atau tercicir. Setelah selesai klik pada Pengesahan.
- Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/ WANITA)
Berikut adalah merupakan maklumat mengenai permohonan ini iaitu:
Tarikh Permohonan
- Dibuka pada 29, 30 April 2024 dan 02 Mei 2024
Gaji & Faedah
- Gaji RM 1,220.00 – RM 2,748.00
- Elaun Khidmat
- Elaun Sara Hidup/Bayaran Insentif Wilayah
- Bayaran lnsentif Khas PDRM
- Elaun Perumahan
- Lain-lain elaun mengikut jabatan
TARIKH SEMAKAN PANGGILAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
Pemohon hendaklah hadir ke pusat pemeriksaan berikut pada tarikh yang ditetapkan. Berikut adalah merupakan tarikh semakan panggilan pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan fizikal bagi jawatan:
Lelaki | |
Wanita |
SEMAK STATUS PANGGILAN PDRM (epengambilanpdrm.rmp.gov.my)
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan status permohonan,
- Pergi ke pautan semakan ePengambilan PDRM
- Masukkan No.KP Baru dan Kata laluan anda, tekan Log Masuk
- klik pada menu Semak Status Permohonan.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Sila cetak surat panggilan tersebut.
Kalau tidak minat kerja polis, boleh kerja tentera darat
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, boleh hubungu Unit Pengambilan, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman melalui telefon di 03-22668348 atau emelkan kepada [email protected]
Asaamualikum dan selamat pagi cik saya ingin bertanya berkenaan dengan E_pengambilan pdrm. Hari itu saya pernah buat account pdrm selepas itu saya try log in tapi tidak dapat dia cakap salah password. Lepas itu saya masuk ke TERLUPA KATA LALUAN dan minta no ic,tempat tinggal dan juga nama ibu. Apa bila saya sudah masukan terjadi masalah ia itu. TIDAK SEPADAN DENGAN NAMA IBU. Jadi saya ingin bertanya bagaimana cara untuk reset semua detail” itu saya ingin membuat kembali. Ok cik terima kasih