Bagaimanakah Cara Beli Rumah Di Pulau Pinang?
Berita baik dan menarik bagi penduduk pulau pinang dan sekitarnya yang mahu memiliki rumah sendiri. Penduduk Pulau Pinang yang berkelayakan di pelawa untuk membuat pendaftaran secara online melalui skim eRumah Pulai Pinang untuk mendapatkan rumah idaman masing-masing. Disini sini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan semakan status eRumah Penang, semoga membantu.
Apa Itu eRumah Penang
eRumah Penang merupakan sebuah portal kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai projek perumahan mampu milik khusus untuk rakyat negeri tersebut dengan memperkenalkan skim atau projek perumahan mampu milik mereka bagi membolehkan setiap keluarga memiliki rumah mereka sendiri.
Kelebihan Portal eRumah Penang
eRumah adalah Sistem maklumat perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang (Penang), yang merupakan salah satu inisiatif yang disediakan selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Pulau Pinang yang inginkan “Satu Rumah, Satu Keluarga”. Faktor pemangkin penubuhan eRUMAH PENANG adalah seperti berikut
- harga rumah yang terlalu mahal
- kos sara hidup tinggi
- ramai yang tidak mampu mampu memiliki rumah sendiri
Modul eRumah Penang
Sistem eRumah bagi permohonan online dibahagikan kepada 3 kategori pemohon iaitu:
- Pemohon Baru
- Pemohon Sedia Ada
- Pemilik
Jenis projek eRumah Penang
Berikut adalah merupakan antara jenis projek perumahan yang tersedia menerusi portal ini di Pulau Pinang iaitu:
- Rumah Kos Rendah (KR)
- Kos Sederhana Rendah (KSR)
- Projek Perumahan Rakyat (PPR)
- Rumah Mampu Milik (RMM)
ini cara mudah dan senang buat pembiayaan perumahan…SKIM PERUMAHAN BELIA BSN :SEMAK STATUS, KELAYAKAN & CARA MOHON
Syarat Kelayakan Permohonan eRumah Penang
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
- Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang
- Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
- Bekerja di Pulau Pinang
- Kadar Pendapatan mengikt katagori
- Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00: Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00
- Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00: Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00
- Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00: Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00
- Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00: Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00
- Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00: Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00
- Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau
- Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)
Nota: Syarat-syarat di atas boleh dipinda @ ditambah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikut keadaan dari semasa ke semasa.
Dokumen Diperlukan
Pastikan anda sediakan dokumen asas yang diperlukan untuk membuat permohonan seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
- Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon
- Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
- Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
- Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
- Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri
- Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
- Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
- Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
- Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan
- Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
- Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
- Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
- Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami
- 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan
- 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
- Salinan laporan CCRIS (Pemohon dan Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran
Cara Permohonan eRumah Penang (Permohonan Baru)
Berikut adalah merupakan cara permohonan baru (data belum direkodkan dalam SMP) bagi sistem eRumah yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna mengakses sistem ini tanpa perlu berurusan di kaunter.
- Bagi pemohon baru, pemohon hendaklah memasukkan No. KP di ruanganPendaftaran/Semak (KP/Status). Kemudian klik Daftar/Semak KPuntuk meneruskan permohonan.
- Skrin Semakan Kad Pengenalan akan dipaparkan untuk pemberitahuan bahawa No. KP tersebut belum wujud dan perlu melalui proses daftar. Klik “di sini” untuk membuat permohonan baru atau kembali ke skrin utama.
- Sebelum dibenarkan ke skrin pendaftaran, pemohon dikehendaki memasukkan terlebih dahulu syarat-syarat awal permohonan. Ini bagi membolehkan hanya data pemohon yang layak sahaja dibenarkan untuk meneruskan permohonan.
- Pemohon dikehendaki mengisi kesemua ruanganmaklumat. Ruangan yang bertanda (*) wajib diisi oleh pemohon.
- Skrin akan menunjukkan Maklumat Rumah pilihan :
- Harga Rumah Pilihan Sila pilih dari senarai.
- Daerah Rumah Yang Dipilih Sila pilih dari senarai.
- Klik Seterusnya dan popup mesej akan terpapar memaklumkan pengguna bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tetap dan tidak boleh diubah sehingga selesai proses pendaftaran. Klik OK untuk ke skrin Maklumat Pemohon atau Cancel untuk ke skrin syarat awal permohonan tadi.
- Skrin Borang Permohonan
- Maklumat Pemohon perlu dilengkapkan dengan lengkap
- Isi maklumat Pasangan
- Isi maklumat tanggungan
- Setelah selesai kemasukan data dan pasti untuk menghantar pendaftaran, sila klik butang arahan Hantar untuk menghantar permohonan.
NOTA MAKLUMAN
- Notifikasi akan dipaparkan terlebih dahulu sebagai pengesahan permohonan telah dihantar
- Setelah selesai menghantar pendaftaran, pemohon boleh login ke dalam sistem untuk melihat status permohonan dari masa ke semasa
- Pemohon boleh login ke skrin ini dengan menggunakan ID dan Katalaluan yang telah dicipta sebelum ini
Senarai Projek Perumahan eRumah Penang
Berikut adalah merupakan senarai projek yang tersedia:
Rumah Pangsa Desa Wawasan (PPR) |
|
PR1MA@Permatang Pauh (PPR) |
|
Rumah Pangsa Ampang Jajar (PPR) |
|
Ampang Jajar (MPSP) PPR |
|
Jiran Residensi (RMM200k) |
|
Jiran Residensi (RMM300k) |
|
Taman Scientex Tasek Gelugor |
|
The Stone |
|
Grace Harmony (LMC) |
|
Grace Harmony (RMMC3) |
|
Ramah Pavilion (RMM4A) |
|
Quinton |
|
Dua Residensi 2 |
|
Tree O |
|
Havana Beach Residences |
|
Cara Semakan Status Permohonan eRumah Penang
Pengguna boleh menyemak terus status permohonan seperti berikut:
- Layari pautan https://www.lpnpp.gov.my/app/login_pemohon.php
- Masukkan No. KP di ruangan tersedia dan klik Semak
- Status permohonan anda akan tertera.
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik di Penangm Sila berhubung
- BAHAGIAN PERUMAHAN, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, TINGKAT 20, KOMTAR, 10503 PULAU PINANG
- Telefon: 04-2621957,04-2622904
Artikel Lain
RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
PPAM:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
selamat petang, tuan tuan dan puan puan
Nama: LIM SENG BOON
saya nak tanya dulu saya update submit pn1 form sudah chop dan sign sudah 2 bulan belum update system . system masih lama status
selamat pagi, tuan tuan dan puan puan,
saya seorang single mother, saya teringin nak beli rumah kos rendah di penang..boleh tuan atau puan tolong saya
selamat pagi kepada,Tuan-Tuan dan Puan-Puan yg sudi membaca tentang keluangan hati saya.
saya disini adalah seorang penternak lembu kambing dan ayam dan juga tak berapa berpelajaran seperti Tuan tuan dan Puan puan disini.
saya minta untuk beli rumah pun sampai sekarang tak dapat dan beberapa kali pergi ke jabatan tanah balik pulau. Untuk sewa tanah kekosongan daripada tanah kerajaan pun tak dapat untuk lembu lembu saya dan terpaksa untuk jual semua.Dan banyak alasan yg diberi mungkin kerana saya seorang berbangsa india tapi saya banyak menolong orang orang yg berada dlm kesusahan.setiap bulan saya bersama isteri saya membuat nasi bungkus untuk 50 orang untuk orang yg tak dapat makanan,ini tuhan dgn saya saja yg tahu dan saya tak suka mengambil gambar.kita tlg orang satu hari nanti tuhan akan tolong kita.
Masa depan saya sekarang susah saya nak cari makan dan tambah pulah dgn covid-19.
saya bekerja di hotel Rasa Sayang Hotel sebagai Bellman dan langsung tidak mempunyai cari pendapatan lain.
saya cuma untuk minta pertolongan daripara Tuan tuan dan Puan puan agar memahami masalah yg sedang saya hadapi sekarang.
kalau saya tidak dapat rumah pun tak apa,tlglah saya untuk dapatkan tanah tanah kekosongan untuk masa depan saya.saya bukan mampu beli buat masa ini cuma nak menjadi penternak yg berjaya di masa yg akan datang.saya cuma minta sewa tanah saja dimana mana asalkan ia berada didlm kawasan pulau pinang.
saya mohan maaf kalau tersilap cakap kasar atau silap tulis didalam comment ini tolong maafkan saya sekali lagi.
Sekian terima kasih
yang benar
Rajkumar a/l Pannineer salvam
830329-07-5335
016-5278172