SEMAKAN i-SARAAN KWSP : Registration EPF & Check Baki
Adakan anda mengetahui KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai Semakan i-Saraan KWSP bagi membolehkan pencarum yang bekerja sendiri dan tiada penyata gaji untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan.
Lebih menarik lagi mengenai perkara ini, pencarum yang mencarum akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
I-SARAAN KWSP ITU APA ?
Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Program i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami peningkatan yang signifikan menurut Belanjawan 2024 Malaysia MADANI. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, mengumumkan langkah-langkah pembaharuan dalam penyampaian bantuan tunai untuk meningkatkan manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.
Beliau menyatakan bahawa peningkatan ini bertujuan memberikan sokongan kewangan yang lebih besar kepada golongan yang memerlukan, dengan menggunakan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh dari penjualan nombor plat khas.
Peningkatan had caruman bagi program i-Saraan KWSP diumumkan, kini ditingkatkan kepada RM500 setahun, dengan had maksimum seumur hidup sebanyak RM5,000.
Tujuan i-Saraan KWSP
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri mencarum dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan .
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SIAPA YANG BOLEH MEMOHON ?(SEMAKAN i-SARAAN KWSP)
- Warganegara Malaysia
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Orang yang bekerja sendiri
- Ahli KWSP
- Telah membuat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16G(M)
Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam
- Pengasuh bayi
- Ejen menerima komisen
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen
CARA DAFTAR I-SARAAN
Jika anda layak dan menepati syarat-syarat di atas, sebagai ahli KWSP/i-Saraan anda boleh pendaftaran di mana-mana kaunter KWSP berdekatan dan berhampiran di tempat anda.
APA YANG SAYA PERLU UNTUK PENDAFTARAN i-SARAAN KWSP ???
- MyKad
- Borang i-Saraan @ KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Borang i-Saraan @ KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet dari bank yang aktif
CARA & SALURAN PEMBAYARAN
Tiada caruman minimum yang ditetapkan kepada pemohon bagi setiap bulan. Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:
- Perbankan Elektronik
- Maybank @ maybank2u
- Public Bank @ PBE
- Bank Muamalat
- CIMB Bank @ CIMBclik
- RHB Bank
- Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)
- BSN
- Public Bank
- RHB Bank
- Maybank
CARA RM500 CARUMAN TAMBAHAN KERAJAAN DIKREDITKAN
- KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun
- Tempoh pertama (Januari hingga Jun)
- Tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
- Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada pihaK Kerajaan.
- Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
SEMAKAN i-SARAAN KWSP(Check Baki EPF)
Ahli boleh login i-akaun dan buat semakan baki i-Saraan KWSP.
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN i-SARAAN KWSP
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
ATAU
ARTIKEL LAIN
Jika ingin tukar / KEMASKINI NO TELEFON KWSP
Baca juga CARA BAYAR LOAN RUMAH GUNA KWSP
Nak guna e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)
Saya juga kena buang kerja, tapi apa pun tak dapat,
Tolong lah jangan lupa bagi hak saya.