JKPJ JPA PERMOHONAN PROGRAM KHAS(PENAJAAN PBU LEPASAN SPM)
Semestinya pelajar lepasan SPM 2022 ingin meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi melalui program pengajian yang menarik. Untuk itu, satu Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) bagi tahun 2023 telah dibuka bagi lepasan SPM 2022. Program ini adalah dibawah tajaan JPA. Menarik bukan? Di sini, kami kongsikan kepada anda maklumat lanjut dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan JKPJ JPA, semoga membantu.
PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAJAAN JPA
Program ini merupakan satu program dibawah tajaan JPA. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara yang dinyatakan.
Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Walaupun dalam bentuk PBU, anda boleh mengubahnya ke biasiswa JPA jika bekerja dalam Perkhidmatan Awam (sektor kerajaan ) setelah habis belajar kelak.
Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah Kejuruteraan dan Teknikal, Sains dan Teknologi serta Sains Sosial. Seperti yang sedia maklum, empat negara untuk melanjutkan pengajian adalah Jepun, Korea, Perancis dan Jerman! Rebut peluang anda!
Nak MUAT TURUN SLIP PENUH SPM?
STRUKTUR PENGGAJIAN JKPJ JPA
Berikut adalah merupakan struktur pengajian bagi pelajar yang menerima penajaan ini iaitu:
BENTUK PENAJAAN JKPJ JPA
Bentuk penajaan ini adalah Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
- Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
SYARAT PERMOHONAN JKPJ JPA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
- Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali.
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
Syarat Khusus
- Maklumat lanjut mengenai syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan perlu dirujuk melalui Laman Rasmi Pembangunan Modal Insan JPA: https://esilav2.jpa.gov.my
TARIKH PEMOHONAN JKPKJPA 2023
Pemohonan mula dibuka pada 12 Jun 2023 (Isnin), jam 12.00 Tengah Hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), jam 11.59 malam. Pastikan anda membuat reminder untuk tidak terlepas tarikh permohonan.
CARA PERMOHONAN JKPJ JPA
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Laman Rasmi Pembangunan Modal Insan JPA iaitu:
- Layari pautan: https://esilav2.jpa.gov.my
- Permohonan boleh dibuat mulai 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam.
- Pemohon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dan hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak slip pengesahan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
SEMAKAN STATUS KELULUSAN JKPJJPA
Calon boleh membuat semakan panggilan ke program SAC mulai 4 Ogos 2023 (Jumaat) secara dalam talian iaitu https://esilav2.jpa.gov.my/ dan calon perlu menghadiri Pusat SAC sebagaimana yang dinyatakan dalam surat panggilan.
Nota: Pemohon yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Apakah Pusat SAC?
Student Assessment Centre (SAC) merupakan kaedah pemilihan pelajar bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Penilaian SAC ini adalah untuk melihat keadaan fizikal, penampilan, kesesuaian, kerjasama, ketahanan, kematangan, daya kreativiti, komunikasi, kepimpinan dan minat calon dalam bidang pengajian dan Perkhidmatan Awam.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut boleh sila hubungi talian 03-8885 3297 atau emailkan ke [email protected]. Selamat maju jaya kepada semua lepasan SPM!
ARTIKEL LAIN: