i-SURI LOGIN(Semakan Penyata & Lupa ID Reset Password)
Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia melalui KWSP yang dikenalai sebagai i-Suri KWSP yang bertujuan memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman ke KWSP dan PERKESO. kepada ahli yang berdaftar, disini kami akan kongsikan kepada anda cara Login i-Suri, semoga mebantu.
APA ITU i-SURI KWSP
iSuri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang. iSuri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
FAEDAH i-SURI KWSP
Berikut ialah antara faedah dan kelebihan iSuri KWSP iaitu:
Insentif Khas |
|
Dividen Tahunan |
|
Bantuan Kematian |
|
Pelepasan Cukai |
|
Kepada penerima STR,boleh buat SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40
SYARAT PERMOHONAN i-SURI KWSP
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.
KADAR CARUMAN i-SURI KWSP
Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri bagi tahun 2024. Walaubagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 semasa bagi melayakkan ahli untuk menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun 1) melalui semua saluran pembayaran adalah RM100,000 setahun.
CARA PENDAFTARAN i-SURI KWSP
Anda perlu mendaftar dalam sistem e-Kasih terlebih dahulu. Permohonan i-Suri hanya boleh dilakukan setelah pemohonan anda berjaya dalam sistem e-Kasih. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pendaftaran iSuri KWSP iaitu:
Pendaftaran melalui eKasih |
|
Pendaftaran Online |
|
Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST) |
|
Kaunter/Pejabat KWSP |
|
CARA LOGIN i-SURI KWSP
Berikut adalah merupakan cara untuk login akaun i-Suri KWSP iaitu:
- Layari portal rasmi KWSP i-Akaun dan log masuk gunakan ID & Kata Laluan anda.
- Sekarang anda dah boleh membuat semakan penyata KWSP online.
- Untuk menyemak baki akaun KWSP, terus klik pada tab ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.
- Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.
- Ia juga boleh dicetak untuk kegunaan dokumen sokongan dalam membuat pinjaman perumahan dan sebagainya.
TERLUPA USER ID & KATA LALUAN i-SURI LOGIN KWSP
Sekiranya anda terlupa kata lalaun i-Akaun anda, berikut adalah merupakan cara untuk reset kembali:
- Layari portal rasmi KWSP i-Akaun dan klik pada Forgot User ID/Password?
- Seterusnya pilih maklumat yang anda terlupa seperti:
- User ID Only
- Password Only
- User ID and Password
- Seterusnya lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia .
- Pastikan anda masukkan NO TAC yang akan diterima melalui SMS
- Setelah lengkap klik pada Next
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga anda berjaya dapatkan kembali ID & kata Lalaun Anda
MAKLUMAT LANJUT / PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai program ini, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000 atau merujuk saluran berikut:
- Layari laman web rasmi PERKESO
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN:
- PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL:BANTUAN MODAL PERNIAGAAN UNTUK WANITA
- JAMINKERJA(Permohonan & Semakan Jamin Kerja Keluarga Malaysia)
- PROGRAM E-START(Cara Daftar Bantuan Ewallet RM150 Untuk Belia)
- bkm.hasil.gov.my (LINK DAFTAR LOGIN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)
Saya Sudah berkhawin ada 4 anak
Saya seorang suri rumah tidak ada pendapatan bulan
anak saya 4 orang pelajar
di sekolah .