PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS(yayasanperak.gov.my/)
Rumah merupakan keperluan utama dalam hidup. Sudahkan anda mempunyai. Untuk pengetahuan anda, golongan B40 di Negeri Perak yang masih belum mempunyai rumah sendiri, Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program iaitu Program RMR Perakku Prihatin.
Konsep program ini adalah pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah jika mereka bukan mempunyai tanah sendiri.
SYARAT KELAYAKAN
Jika anda berminat untuk memiliki dan mengikuti program RMR anda boleh meneliti syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Antara syaratnya adalah seperti berikut
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah atau tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya.
- Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
- Pemohon hendaklah anak kelahiran Perak
- Jika bukan anak perak, mestilah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.
CARA MEMOHON PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN
Untuk membuat permohonan, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti perkongsian berikut:
- Pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di Yayasan Perak
- Pemohon juga boleh muat turun melalui pautan berikut https://tinyurl.com/4znttk2c.
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai tanah sendiri dan memerlukan kebenaran tuan tanah, anda boleh memuat turun borang melalui pautan berikut https://tinyurl.com/ze83yn3k.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:Syarikat Perumahan Negara Berhad,
No. 9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari,
30200 Ipoh, Perak.ataupunYayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No.111 Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN
Semasa membuat permohonan, anda perlu menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan . Antara dokumen yang perlu disediakan adalah untuk permohonan adalah seperti berikut
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (jika Berkenaan)
- Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah jika memohon bukan tanah sendiri
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan)
- Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
- Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
- Salinan slip gaji (3 bulan terkini)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan bagi pemohon/pemohon kedua
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
- Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
- Borang Laporan Tapak Bergambar
PERTANYAAN LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Program RMR Perakku Prihatin, anda boleh hubungi pihak
- SPNB di talian 05-526 3876/4188
- Yayasan Perak di talian 05-255 2929.
RTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
PPAM:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS