PUSH NOTIFICATION MySejahtera CARA AKTIFKAN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

Sudahkah anda sedia tahu bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, mulai 15 Januari 2021, pengguna MySejahtera yang telah didaftarkan sebagai kes positif COVID-19 di Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM akan diberi notifikasi menerusi SMS dan “Push Notification” melalui MySejahtera.

Selain itu juga, Aplikasi MySejahtera juga akan memberi peringatan kepada para pengguna setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala COVID-19 di bahagian “Perlu dilakukan” bagi tempoh 10 hari berturut-turut.

Jika anda belum menerima vaksin, anda juga boleh mengaktifkan Push Notification pada aplikasi ini agar anda tidak terlepas janji temu vaksinasi.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Sebenarnya anda boleh mengaktifkan butang ‘Push notification’ untuk mendapatkan mesej notifikasi pada paparan skrin telefon anda apabila terdapat sebarang maklumat yang dikemaskini di aplikasi berkenaan terutamanya peringatan tentang penerimaan vaksin.

CARA AKTIFKAN PUSH NOTIFICATION 

Untuk mengaktifkan push notification MySejahtera tidaklah sukar seperti yang dijangka. Ianya mudah sekali. Anda boleh rujuk cara aktifkan ‘Push Notification’ seperti Langkah-langkah yang dikongsikan di bawah

Langkah pertama

Tekan ikon Setting pada telefon bimbit anda.

Langkah kedua

Pilih Aplikasi MySejahtera pada senarai Setting

Langkah ketiga

Slidekan@lunjurkan butang untuk mengaktifkan notifikasi

Langkah keempat

Pada paoarannotifikasi, tetapkan sebagai Allow

Langkah kelima

Anda akan menerima notifikasi terus ke telefon bimbit sekiranya terdapat sebarang maklumat yang dikemaskini berkenaan status vaksin atau perkara lain

MENU HELP DESK MySEJAHTERA

Bagi membantu pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, pengguna juga boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya mereka telah disahkan positif covid 19 dan sedang menunggu panggilan dari KKM.

KEMASKINI APLIKASI

Orang ramai dinasihati untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dan memanfaatkan sepenuhnya semua fungsi dalam aplikasi tersebut.

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *