RUMAH IDAMAN SELANGOR(Cara Permohonan Rumah Mampu Milik B40 & M40)
Berita menggembirakan kepada warga Selangor, kini Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan enam projek Rumah Idaman untuk membantu rakyat yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama bagi golongan B40 dan M40.
Bagaimana cara permohonan Rumah Idaman? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU RUMAH IDAMAN SELANGOR
Rumah Idaman adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.
LOKASI RUMAH IDAMAN SELANGOR
Berikut adalah merupakan lokasi rumah idaman yang berada di kawasan strategik meliputi:
- Bandar Saujana Putra
- Shah Alam
- Puchong
- Cybersouth
- Bandar Puncak Alam
Lokasi rumah juga mudah diakses melalui lebuh raya selain dekat dengan hospital, sekolah, universiti dan pengangkutan awam.
CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN SELANGOR
Berikut adalah merupakan ciri-ciri rumah idaman yang ditawarkan:
- Setiap unit rumah memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga RM250,000.
- Rumah Idaman juga dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dua ruang parkir, seunit televisyen dan peti ais serta kabinet.
KADAR HARGA RUMAH IDAMAN SELANGOR
Harga bersih Rumah Idaman adalah RM250,000.
SYARAT PERMOHONAN RUMAH IDAMAN SELANGOR
Berikut adalah merupakan syarat permohonan:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
- Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN RUMAHIDAMAN SELANGOR
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan bagi memuat naik semasa membuat permohonan, antaranya ialah:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan,
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan,
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri (pemohon yang belum berkahwin),
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri,
- Surat akuan bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah jika pasangan tak bekerja,
- Penyata KWSP (jika ada); dan
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
CARA PERMOHONAN RUMAH IDAMANSELANGOR
Setelah anda memenuhi syarat permohonan, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
- Layari website LPHS: https://ehartanah.lphs.gov.my/
- Pada halaman utama, klik pada Daftar/Log Masuk seterusnya klik padaDaftar Pengguna Baru
- Isikan maklumat pendaftaran pada borang permohonan seperti:
- Maklumat Pendaftaran
- Sila Masukkan No. Kad Pengenalan Baru
- Sila Masukkan Nama Penuh Seperti Di Dalam Kad Pengenalan
- Sila Masukkan Alamat Emel
- Sila Masukkan Nombor Telefon
- Kalkulator
- Sila masukkan maklumat pendapatan dan perbelanjaan anda untuk mengira tahap kelayakan anda.
- Kelayakan
- Tandakan pada kotak yang berkaitan kriteria asas.
- Maklumat Pendaftaran
- Setelah lengkap semuanya, klik pada Saya Layak
- Bila dah mendaftar, barulah anda boleh membuat permohonan.
- Sebelum tu, pastikan anda membaca setiap garis panduan yang telah disediakan oleh LPHS dengan teliti. Antaranya adalah:
- Pemohon kena lepas syarat kelayakan permohonan
- Kemas kini dan lengkap profil peribadi selepas mendaftar
- Buat pilihan projek berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim
- Pemohonan LENGKAP saja yang boleh dihantar untuk disemak dan diproses oleh pihak LPHS
- Jika pemohon DITAWARKAN RUMAH, anda kena muat naik semua dokumen yang berkaitan dan diperlukan.
NOTA: Setiap permohonan ada tempoh sah laku selama 2 tahun. Selepat tamat 2 tahun, data permohonan yang berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem. Pemohon kena buat permohonon baru jika masih berminat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Idaman Selangor, anda boleh layari website rasmi Idaman Selangor di pautan https://idamanselangor.com.my/
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
PPAM:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Good job
I also want house
Good job.i like it.continue to your help for B40 and 40 people