RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
Kepada penduduk Sabah yang ingin memilik rumah sendiri, terdapat beberapa skim program bantuan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB) Negeri Sabah.
Bagaimana cara memohon rumah mampu milik LPPB Sabah? Disini kami kongsikan caranya,semoga membantu.
SKIM PERUMAHAN YANG DITAWARKAN LPPB
Berikut adalah merupakan Skim perumahan yang ditawarkan LPPB Sabah:
- Rumah Kos Rendah (Sewa/Beli)
- Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR)
- Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP)
- Rumah Mampu Milik
- Rumah Kos Tinggi
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan sekiranya anda ingin memohon:
- Rumah Kos Rendah (Sewa/Beli)
- Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah)
- Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon
- Sudah berkeluarga atau bujang tetapi menanggung keluarga
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750.00 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Tidak memiliki rumah kediaman sendiri
- Tidak memiliki tanah sendiri
- Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR)
- Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah);
- Umur 21 hingga 60 tahun;
- BUKAN kakitangan Kerajaan;
- Pendapatan isirumah di antara RM750-RM2500 sebulan;
- Pemohon belum mempunyai rumah sendiri;
- Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran;
- Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insurans (takaful);
- Peminjam wajib menamakan Pewaris yang akan meneruskan bayaran sekiranya peminjam tidak mampu lagi membuat bayaran.
- Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP)
- Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah) yang berpendapatan rendah.
- Bagi semua golongan yang bekerja sendiri termasuk kakitangan kerajaan.
- Bekeluarga & belum memiliki rumah / rumah panjang (adalah diberi keutamaan).
- Jumlah pendapatan isi rumah (suami & isteri) minima RM1,000 – maksima RM3,000 sebulan.
- Jumlah pinjaman minima adalah RM50,000 dan nilai maksima tidak melebihi RM75,000 bagi satu peminjam. (Tidak termasuk perlindungan insurans).
- Jumlah minima komuniti rumah panjang adalah 10 rumah dalam satu komuniti / 10 peminjam.
- Tempoh bayaran balik maksima 30 tahun atau sehinggapeminjam berumur60tahun.
- Berumur di antara 21 tahun hingga 60 tahun. (Ditawarkan pakej pinjaman 2 generasi sebagai pilihan bagi peminjam yang berumur 45 hingga 60 tahun dengan mengambil kira umur pewaris / penjamin yang lebih muda.
- Tanah Cagaran: Tanah milik peminjam sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberikan kebenaran mendirikan rumah dan kebenaran mencagarkan tanah tersebut.
- Rumah perlu dibina di atas tanah yang dicagarkan.
- Pewaris / Penjamin: Menamakan waris yang akan meneruskan bayaran sekiranya peminjam tidak mampu lagi membuat bayaran.
- Skim perlindungan Insurans: Peminjam perlu mengambil skim perlindungan insurans (takaful). Bayaran adalah tertakluk kepada umur peminjam dan akan dimasukkan ke dalam bayaran ansuran bulanan.
- Rumah Mampu Milik – akan dikemaskini
- Rumah Kos Tinggi – akan dikemaskini
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
Berikut adalah merupakan cara permohonan skim program bantuan rumah mampu milik:
- Rumah Kos Rendah (Sewa/Beli) – MOHON DISINI
- Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR) – RUJUK DISINI
- Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) – RUJUK DISINI
- Rumah Mampu Milik – akan dikemaskini
- Rumah Kos Tinggi – akan dikemaskini
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan skim program bantuan rumah mampu milik Negeri Sabah dan tarikh permohonan dibuka, anda boleh layari Portal Rasmi Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar di pautan http://www.lppb.gov.my/
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Saya Muhammad firdaus berkeluarga perlu rumah2x mampu milik….dan saya tinggal di Sabah semporna….saya kerja sendiri Pekebun kecil sawit bagai mana saya Momohon rumah mampu milik
Selamat malam Tuan/Puan.
Boleh saya tahu..macam mana mahu tahu kita dapat mohon rumah LPPB atau tidak sebab sudah mohon online tapi tidak dapat respon apa² pun.