RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
Kepada warga penduduk Negeri Terengganu yang ingin memilik rumah sendiri, terdapat beberapa skim permohonan rumah mampu milik (RMM) yang ditawarkan dalam Sistem permohonan ePerumahan Terengganu.
Bagaimana cara memohon dalam Sistem ePerumahan Terengganu? Disini kami kongsikan caranya,semoga membantu.
APA ITU RUMAH MAMPU MILIK (RRM) TERENGGANU
RMMT adalah antara inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat di Terengganu.
PERMOHONAN PERUMAHAN YANG DITAWARKAN
Terdapat 2 jenis Perumahan yang ditawarkan melalui Sistem ePerumahan Terangganu iaitu:
- Jenis A
- Jenis B
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan sekiranya anda ingin memohon:
- Permohonan Jenis A
- Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
- 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
- Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
- Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
- Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
- Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
- Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
- Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
- Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
- Permohonan Jenis B
- Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
- 21 tahun keatas
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
- Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
- Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
- Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
- Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
TARIKH PERMOHONAN DAN PENGEMASKINIAN
Berikut adalah merupakan tarikh permohonan dan pengemaskinian:
- Pendaftaran dan permohonan baharu dibuka mulai 1 September 2021 (Rabu)
- Penngemaskinikan maklumat permohonan (bagi permohonan yang sedia ada) bermula 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU
Bagi yang memenuhi syarat kelayakan anda ingin membuat permohonan RMM Terengganu, berikut adalah caranya:
- Bagi permohonan baru, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu di pautan: https://eperumahan.terengganu.gov.my/register
- Isikan Maklumat yang diperlukan, tick pada Terma dan Syarat, kemudian Tekan Submit. Pendaftaran anda berjaya.
- Seterusnya log masuk akaun anda di pautan https://eperumahan.terengganu.gov.my/login
- Pilih katagori yang anda inginkan:
- Beli Rumah – pilih daerah projek
- Bina Rumah – Isikan maklumat tanah
- Kemudian anda dikehendaki kemaskini dan isi maklumat pemohon
- Sekiranya pilih katagori Beli Rumah, pilih projek yang sedia ada (sekiranya ada iklan)
- Seterusnya buat permohonan sehingga selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Terangganu, anda boleh:
- Hubungi: + 09-626 7999 / + 09-631 7999
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
PPAM :CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Permohonan rumah mampu milik
SPNB