BAGAIMANAKAH CARA UNTUK BUAT URUSAN DI NIOSH?
Kepada anda yang ingin mengambil ujian atau menyemak keputusan peperiksaan dan jaduan peperiksaan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan NIOSH.
APA ITU NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (National Institute of Occupational Safety and Health; NIOSH) ialah agensi persekutuan Malaysia yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan membuat cadangan untuk pencegahan kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. NIOSH terletak di bawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Menurut laman web rasmi NIOSH, visi NIOSH adalah “To be a leading center of excellence in Occupational Safety and Health in Malaysia” dan Misi NIOSH adalah “To provide practical solutions in the field of Occupational Safety and Health”.
PERKHIDMATAN TERSEDIA NIOSH
Terdapat lima(5) servis utama yang disediakan oleh NIOSH iaitu:
- Latihan
- Konsultasi
- Penyelidikan dan Pembangunan
- Penyebaran Maklumat
- Peperiksaan
SEMAKAN JENIS PEPERIKSAAN NIOSH
Berikut adalah merupakan antara ujian yang tersedia menerusi NIOSH iaitu:
- Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO)
- Peperiksaan Occupational Health Nurse(OHN)
- Peperiksaan Pengendali Kren (Kren)
- Peperiksaan Higen Technician 1 (IHT1)
- Peperiksaan Occupational Health Doctor (OHD)
- Peperiksaan Higen Technician 2 (IHT2)
- Peperiksaan Indoor Air Quality (IAQ)
- Peperiksaan Chemical Handling & Risk Assessment (CHRA)
- Peperiksaan Forklift (SHFT)
- Peperiksaan AESP & AGT
- Peperiksaan Construction Safety And Health (CSHT)
- Peperiksaan Working Safely at Height (WAH)
- Peperiksaan Site Safety Supervisor (SSS)
- Peperiksaan Scaffolding (BSC)
- Peperiksaan Basic First Aid (BOFA)
- Peperiksaan Train the Trainer (TTT)
- Peperiksaan Certified Medical Imparment Assessor (CMIA)
- Peperiksaan Inert-Entry (IET)
- Peperiksaan Confined Space Rescue (CSR)
- Peperiksaan Ergonomics Risk Assessment (ERA1)
- Peperiksaan Noise Risk Assessor (NRA)
- Peperiksaan Ergonomics Risk Assessment (ERA2)
- Peperiksaan Confined Space trainer (CST)
- Peperiksaan Construction Work Permit (CWP-RAA)
- Peperiksaan High Pressure Water Jetting (HPWJ)
CARA SEMAKAN JADUAL PERMOHONAN PEPERIKSAAN NIOSH
Kepada anda yang ingin menyemak jadual exam yang tersedia, anda boleh klik pada pautan di abwa:
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NIOSH
Kepada anda yang telah mengahdiri peperiksaan, semestinya ingin mengetahui keputusan tersebut. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan peperiksaan NIOSH:
- Layari pautan portal Semakan Keputusan Peperiksaan NIOSH
- Paparan senarai peperiksaan akan tertera. Klik pada peperiksaan yang anda hadiri
- Masukkan no Kad Pengenalan anda dan klik Semak
- Keputusan peperiksaan anda akan terpapr
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai NIOSH, anda boleh melayari webstie rasminya di pautan http://www.niosh.com.my/
ARTIKEL BERKAITAN:
- JAMINKERJA PERKESO (Permohonan & Semakan Program Jamin Kerja-Insentif Penggajian (JKIP)
- CARA DAFTAR MyFUTUREJOBS (Register Program Insentif Pengambilan Pekerja)