UJIAN SPiER-PDRM 2024(Semakan Panggilan)

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SPiER-PDRM (Sistem Pemprofilan Rekrutmen)

Adakah anda membuat permohonan polis dan telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal dikehendaki membuat semakan panggilan ujian SPIER-PDRM. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan, semoga membantu.

APA ITU SPiER-PDRM ?

Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) ini merupakan satu sistem yang menggunakan ujian psikologi sebagai satu kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan pengambilan pegawai baharu.

Aspek yang dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi di bawah KDN.

Pembangunan SPiER dianggotai Pegawai Psikologi KDN, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Pegawai Beruniform Jabatan atau agensi yang terlibat.

MATLAMAT UJIAN SPiER PDRM

SPiER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.

SPiER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SPiER PDRM

Semua calon yang telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal pada bulan Mei 2024 dikehendaki membuat semakan panggilan ujian SPIER bermula 20 Ogos 2024 hingga 1 September 2024.

CARA PERLAKSANAAN UJIAN SPiER PDRM

Ujian ini dijalankan melalui sesi ujian berkomputer.

SPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.

Dasar penilaian umumnya menumpukan pada 3 aspek berikut:

  • penilaian minat kerjaya
  • penilaian personaliti
  • penilaian nilai pekerjaan

SEMAKAN STATUS UJIAN SPiER PDRM

Semakan status ujian lulus atau gagal boleh dilakukan dalam sistem e-pengambilan PDRM di pautan yang telah dikongsikan di bawah

Hanya calon yang lulus ujian ini sahaja akan mendapat surat panggilan temu duga lisan yang boleh didapati di dalam e-pengambilan PDRM.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman sosial Facebook Unit Pengambilan PDRM.

sila layari laman web https://psikom.moha.gov.my/spier/ iaitu Ministry of Home Affairs (MOHA / KDN).

ARTIKEL LAIN

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *