LOGIN CIMS MITI 3.0 : CARA BUAT SEMAKAN STATUS & DAFTAR SYARIKAT BEROPERASI PKP 3.0
LOGIN CIMS MITI 3.0
Untuk pengetahuan para pembaca, COVID19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) merupakan sebuah sistem pengisytiharan syarikat yang membolehkan pendaftaran secara sukarela oleh majikan.
Melalui sistem yang telah dibagunkan ini, pengguna boleh membuat permohonan surat kebenaran untuk beroperasi berdasarkan sektor-sektor yang dibenarkan oleh kerajaan bagi menghadapi tempoh PKP 3.0 ini.
Anda juga boleh buat SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN RM500
SEKTOR YANG BOLEH BOLEH ANDA DAFTAR DI CIMS MITI 3.0
- Perkilangan dan Perkhidmatan berkaitannya
- Peruncitan
- Pemborongan
- Pengedaran
- Pembinaan
- eDagang
- Sukan
- Perkhidmatan Profesional
Baca juga dan ketahui cara SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE dan SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE:CHECK SENARAI HITAM
CARA BUAT SEMAKAN STATUS LOGIN CIMS MITI 3.0
- Setelah anda mendaftar, anda boleh membuat semakan status dan mencetak surat kelulusan beroperasi dalam tempoh PKP.
- Jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 dan PKP 2.0 terdahulu menggunakan CIMS 2.0, anda boleh terus masukkan Email dan Kata Laluan untuk login.
- Nanti anda semakan status anda akan dipaparkan
STATUS “KEBENARAN BEROPERASI DIGANTUNG” di LOGIN CIMS MITI 3.0
- Jika anda menerima status “ kebenaran beroperasi digantung” , anda perlu memeriksa semula sama ada sektor yang anda nyatakan dibenarkan beroperasi atau tidak semasa PKP.
- Anda hanya perlu rujuk laman web Majlis Keselamatan Negara untuk sektor yang dibenarkan beroperasi.
- Jika syarikat anda tidak tersenarai semasa semak web MKN dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, maka permohonan anda akan digantung walaupun mengeluarkan status lulus.
- Jika anda telah melakukan kesilapan pendaftaran, anda hanya perlu pergi ke menu ‘Pendaftaran Borang Notifikasi Baru’.
DAFTAR SYARIKAT BEROPERASI PKP 3.0
- Anda perla layari laman web rasmi MITI seperti pautan yang kami kongsikan https://notification.miti.gov.my
- Selain itu juga, anda boleh masuk melalui laman web utama MITI dan perlu klik pada bahagian CIMS 3.0
- Anda akan dibawa ke paparan di skrin anda seperti berikut:
- BAHASA MELAYU : PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
- BAHASA INGGERIS : APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
- Bagi memudahkan anda boleh download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP 3.0 yang berkaitan :
- SOP dan Protokol yang Am
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
- SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
- SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
- Jika anda telah membaca dan memahami, anda perlu Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
- Isikan Nama Penuh anda, Email , Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Cipta Kata Laluan ( pastikan anda mencatat untuk mengigati)
- Masukkan semula Kata Laluan yang telah anda cipta sekali lagi
- Anda perlu pilih dan isikan maklumat salah satu sahaja:
- No Lesen Pengilang
- No Pendaftaran SSM
- No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Anda perlu Tekan Daftar
MAKLUMAT LANJUT
Info penuh dan tatacara pendaftaran MITI boleh dirujuk melalui laman web rasmi berikut : https://www.miti.gov.my/miti/
Ibu Pejabat MITI
Ministry of International Trade and Industry Menara MITI,
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 603-8000 8000
Faks : 03-6206 4693
Emel : webmiti[at]miti.gov.my
Website : http://www.miti.gov.my
Saya tidak mendapat sebarang bantuan apa2 lebih2 skrg tiada perkerjaan sampai skrg. Skrg menetap dikuala lumpur menyewa sebuah rumah
BAGAIMANA SAYA INGIN MENYEMAK STATUS KEBENARAN UNTUK BEROPERASI SYARIKAT TEMPAT SAYA BEKERJA ? SEDANGKAN SYARIKAT TEMPAT SAYA BEKERJA INI SEBUAH SYARIKAT PEMBUATAN BENANG DAN KAIN TAPI BEROPERASI DALAM TEMPOH PKP ! SILA BAGI LINK
Saya teleh daftar beroperasi syarikat saya,tetapi sudah 2 hari saya tunggu surat kelulusan ,tiada apa-apa surat kelulusan lagi dipaparkan di emel saya.macam mana saya nak semak status kelulusan Miti?
restoran macam mana nk daftar
Macam mana penerima yg tak ada akaun bank atau tersalah no akaun bank?
Please try to understand…. My application had been DITOLAK two times… I’m just running a car workshop with 2 workers only n with full SOP…. Hope your side Sir can give KELULUSAN for me to operated.. It been 2 weeks
Thank you