SPPMTD(Cara Daftar Permohonan Tentera Darat Online)
Adakah anda merupakan seorang warganegara lepasan SPM dan ingin menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal SPPMTD Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 202/ 2024 lelaki atas talian akan dibuka. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.
TARIKH PERMOHONAN SPPMTD
Tarikh Pendaftaran Atas Talian talah mulai dibuka sehingga Tarikh Tutup Permohonan pada 30 Ogos 2024.
SYARAT ASAS PERMOHONAN SPPMTD
Berikut adalah merupakan syarat asas permohonan yang ditetapkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Ogos 2024 (Pengambilan Siri 202).
- Fizikal:
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna.
- Taraf Kesihatan
- Lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Pemohon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.
- Kelayakan Akademik
- Kelulusan Asas: Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Maternatik.
- Kelayakan Tambahan:
- Kemahiran dan kepakaran khas dalam pelbagai bidang
- Pencapaian sukan peringkat kebangsaan / negeri
SKIM GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
- SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
ELAUN
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
CARA PERMOHONAN
Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.
Untuk membuat permohonan Pegawai Atm adalah seperti berikut:
- Layati pautan JMT: https://jmt.mod.gov.my/#
- Pada paparan utama klik pada Perajurit Muda (Darat)
- Kepada pengguna baru klik pada Perajurit Muda (Darat) Daftar Akaun, untuk panduan Daftar boleh rujuk DI SINI
- Seterusnya anda boleh Log Masuk akaun anda
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Untuk panduan membuat permohonan anda boleh rujuk DI SINI
CARA PENDAFTARAN
- Tekan (klik) pautan (link) seperti berikut:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- Perajurit Muda (Darat)
- Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
- Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.
- Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
- Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
MAKLUMAT LANJUT
TENTERA DARAT MALAYSIA
Markas Tentera Darat, Sekretariat Tentera Darat,
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
- Facebook Tentera Darat Malaysia : https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- 03-2071 2197
- Portal Jom Masuk Tentera di pautan https://jmt.mod.gov.my/
- Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
ARTIKEL LAIN
- REGISTER LOGIN KOPERASI TENTERA(KT)
- E-PENGAMBILAN TUDM :CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
- CARA DAFTAR KAD VETERAN ATM (Semak Status Permohonan)
- RUMAH MAMPU MILIK ATM:SYARAT MOHON, BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
Saya ingin memohon
I want to apply
MAHU MEMOHON
saya ingin memohon jika saya berpeluang untuk mencapai cita cita saya
I want to apply.
I want to apply
I want to apply
Kalau salah emel macam mana ye ? Nak masuk tak boleh.
I want to apply
Saya ingin memohon dan nak sangat masuk tentera darat
Saya mahu memohon
Pemohonan tentera darat
Memohon tentera darat
Saya ingin memohon
Saya mahu memohon sebab saya berminat dengan tentera dan ia merupakan cita cita saya
Saya ingin memohon masuk Perajurit Muda, mencapai masa depan
Mahu masuk askar