BAGAIMANA NAK BUAT PERMOHONAN RUMAH PPRT?
Sekiranya anda ingin membaik pulih atau membina rumah baru untuk diduduki dan memerlukan bantuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Bagaimana cara untuk membuat permohonan PPRT secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Permohonan Rumah PPRT Sarawak
APA ITU PPRT
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga
KEUTAMAAN BANTUAN PPRT
Permohonan ini diberikan keutamaan kepada:
- Warga emas
- Orang kurang upaya (OKU)
- Ibu/Bapa tunggalyang mempunyai tanggunggan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PPRT
Berikut adalah merupakan syarat asas permohonan yang perlu diikuti:
- Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem ekasih
- Diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (Pejabat Daerah)
- Diperakukan oleh mana-mana agensi KPLB seperti KEMAS, JAKOA, Lembaga KEmajuan Wilayah (KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA, PERDA) atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam bantuan kemiskinan seperti JKM, Baitulmal dan lain-lain.
- Memiliki tanah sendiri bagi permohonan bina baru. Sekiranya tapak milik orang lain /tanah milik kerajaan, kebenaran guna tanah secara bertulis perlu diperolehi daripada pemilih tanah.
- Kawasan luar bandar.
KATAGORI PPRT
Terdapat 2 kategori bantuan dari PPRT disediakan iaitu:
Bina Baru
- Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
- Syarat bantuan bina Baru:
- Tidak mempunyai rumah
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
- Tidak ekonomik untuk dibaiki
- Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan
Baik Pulih
- Bagi pulih rumah melibatkan 3 element seperti berikut:
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikkan
- Requisition
- Syarat bantuan baik pulih rumah:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen yang anda perlu sediakan untuk membuat permohonan:
- Dokumen berkaitan pemilikan harta/tanah
- Dokumen pendapatan
- Gambar kad pengenalan (depan & belakang)
- Gamabr rumah semasa (sekiranya ada)
PERMOHONAN PPRT
Sekiranya anda memenuhi kelayakan diatas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
- Layari pautan system eSPKR: https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
- Papa paparan utama klik pada Program Perumahan Rakyat Termiskin
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
- Semak kembali sekiranya betul klik pada Hantar Permohonan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), anda boleh merujuk:
- Talian Helpline: 03-8000 8000
- Emai: [email protected]
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
PPAM :CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Bantuan rumah
Bantuan rumah
Mcm mna cara momohon rumah bantuan
Mcam mna nk register Area pantai kundur melaka
Untuk meminta rumah pprt
Memerlukan bantuan rumah
memerlukan bantuan rumah
Sy memerlukan bantuan rumah dan juga biaya persekolahan anak
Sy memerlukan bantuan rumah PPRT
Dah mohon rumah pprt,tapi x tahu lulus ka belum mcm mn nak tahu keputusan
Betul betul perlu kan rumah macam mana nak mohon
Tak dapat tekan link
selamat petang….kenapa golongan suami isteri yang mempunyai 2 orang anak tapi masih tumpang sama rumah mertua suda 10 tahun tidak layan terima bantuan pprt?saya nampak kebanyakkan orang yang dapat rumah pprt ni orang tua,tapi anak-anak dia semua kerja kerajaan..kenapa mahu pilih kasih?kenapa kami yang suda tinggal 10tahun sama mertua kena siasat betul latar belakang kami?kenapa tidak siasat betul-betul semua apa kerja anak dia?ini anak kerja kerajaan,tapi senang-senang gink dapat pprt….saya suda cuba 10x apply…alasan masih sihat mampu kerja,tapi kenapa kebanyakkan yang dapat rumah pprt ni anak-anak semua kerja kerajaan?yang kerja kerajaan ni tergolong juga dalam kategori tidak mampu ke?terbaik laaaa sistem kamu sekarang…utamakan mereka yang sudah berjaya untuk mendukung kamuorang lain hari…
Sy harap sy dpt la rumah PPRT Sb sy sekarang menumpang rumah emak sy kerana sy mendapat musibah kebakaran rumah.. sy Siti Azura binti saidin tinggal kawasan Beaufort.. no tpon 0178321092
Saya mahu membeli rumah di johor bahru.
Assalammualaikum saya warga emas berumur 65tahun duduk dibandar kuala lumpur.telah memohom rumah pprt dbkl sejak 2013 atas nama isteri saya,sampai sekarang belum dapat tawaran rumah .anak2 masih lagi bersekolah.saya cuba memohon melalii online.tetap tak mendapat jawaban dari DBKL.
saya nak tanya status permohonan rumah pprt saya dah lulus,tapi sampai sekarang masih belom ada sebarang tindakan.saya mohon pprt negeri pahang darul makmur..kepada siapa saya nak hubungi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya..harap pihak tuan ambil perhatian..tq
alhamdulillah…bapa mohon bulan ..mula baik pulih awal bulan 12 dan siap hujung tahun 2021..tq YB .KPLB
selamat malam sy deavi seorang ibu tunggal tangungan 4orang anak 20th sy tompang orang dengan anak anak sy ade orang bagi tau untuk keluarga b40 dapat bantuan rumah sy dah apply banya kali tapi tak dapat sy tak kerje sebab ade sakit darah kuman blok d otak sy sebelah mata dan telinga tak berfungsi sy minta tolong bagi sy serumah untuk memiliki kalau sy dak mati anak anak sy boleh tinggal kita orang tade sedaremare d sini sy harap tuan/puan boleh fahamkan keadan sy tolong sy serta anak anak sy sekian terima kasih.
Saya sudah memohon secara dalam talian tapi belum ada sebarang jawapan saya harap dari pihak atas kerana saya amat memerlukan…
Bantuan rumah pprt bina baru
SY MEMOHON SGT PD PIHAK YG BERKUASA UTK MNDPT KN RUMA TMPT BRTEDUH DGN ANK²SY IBU TUNGGAL 3 ANK, RUMA YG DISEWA PN SUDA X SELAMAT UTK DIDIAMI, DN X MAMPU NK BYR BLN² RM600.SGT² MEMERLUKAN 🙏
Sya mint bngun rumah pprt
Sya perdana rumah pprt
Sya minta bantuan rumah PPRT.rumah sya suda lama..
Mohon rumah pprt kerana sekarang tinggal di rumah tumpangan dan rumah itu sudah uzur
Saya ingin memohon rumah PPRT kerena saya tiada tempat tinggal dan sekarang saya menumpang di rumah keluarga,Inanam kota Kinabalu Sabah,..
ASSALLAMUALAIKUM TUAN…SY MOHAMAD SALEH USIA 70 STROK TINGGAL KG.IBOK KEMAMAN TERENGGANU NAK MOHON BAIKPULIH RUMAH
Suami saya sama-sama saya tidak boleh cakap..pekak dan bisu.mula 2022 sudah daftar borang rumah PPRT siap tapi 2022-2024 ni
Tiada rumah PPRT…anak saya satu saja.orang sabah
Bantuan rumah PPRT Kemaman Terengganu