RUMAH MAMPU MILIK ATM(Permohonan Borang Lokasi Rumah SASAR)
Kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ingin memiliki rumah mampu milik boleh membuat permohonan Perumahan SASaR. Ini bagi memastikan setiap warga awam kementerian pertahanan, anggota tentera dan veteran ATM memiliki sebuah rumah sendiri dengan penyediaan rumah mampu milik tersebut. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU SASaR ATM
Menerusi skim dan program Satu Anggota Satu Rumah di bawah SASaR, telah dicadangkan banyak unit rumah untuk dibina rumah mampu milik kepada mereka Angkatan Tentera Malaysia atm termasuk anggota tentera laut (TLDM), tentera darat (TDM) dan juga tentera udara (TUDM) serta juga anggota askar veteran. Ini bagi memastikan setiap warga awam kementerian pertahanan, anggota tentera dan veteran atm memiliki sebuah rumah sendiri dengan penyediaan rumah mampu milik tersebut.
Menerusi skim dan program Satu Anggota Satu Rumah, telah dicadangkan banyak unit rumah untuk dibina rumah mampu milik kepada mereka Angkatan Tentera Malaysia.
SYARAT PERMOHONAN SASaR
Syarat mohon permohonan Rumah SASaR ATM adalah seperti di bawah ini:
- Merupakan rumah yang pertama
- Bebas daripada senarai hitam atau sekatan bank
- Selepas ditolak pinjaman perumahan, baki gaji tentera atm adalah melebihi 20 peratus
HARGA RUMAH SASaR
Buat anggota ATM, tawaran harga bagi rumah SASaR adalah dengan serendah:
- Unit rumah Mampu Milik dan murah: Seunit RM150,000 sehingga RM250,000
- Unit rumah Premium: Seunit RM350,000 sehingga RM400,000
Harga tawaran adalah antara 30 peratus hingga 50 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa.
BORANG PERMOHONAN SASaR
Borang permohonan boleh didapatkan dengan TEKAN DI SINI
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan untuk diserah bersama borang permohonan iaitu:
- Salinan BAT C10/Kad Pengenalan Awam
- Salinan Slip Gaji Terkini
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK ATM SASaR
- Muat turun Borang Permohonan SASaR
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Serahkan borang tersebut bersama dokumen yang diperlukan kepada pejabat kem anda bertugas.
LOKASI RUMAH MAMPU MILIK ATM SASaR
Pada masa kini lprojek perumahan ini dilaksanakan untuk warga kerja ATM di lokasi:
- Kem Genting Helang, Kuala Lumpur
- Kem Wardieburn
- Sungai Besi
- Residensi Sateria
NOTA: Senarai lain akan dikemaskinikan daripada masa ke semasa
Bagi membantu anggota dan veteran ATM, pembinaan di Sungai Besi, Kuala Lumpur dilakukan menyediakan unit rumah SASaR juga untuk warga veteran ATM menerusi pengumuman oleh YB Menteri Kanan Pertahanan.
RINGKASAN BELANJAWAN 2024 SASaR
- Kerajaan menyediakan lebih RM500 juta untuk menyelenggara Rumah Angkatan Tentera dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri
- Kerajaan juga akan membina lebih 7,000 unit rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kuala Lumpur bagi membantu pemilikan rumah mampu milik bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berfasa.
- Mengenai anggota yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen perlu membuat penyelesaian penuh baki pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), kerajaan bersetuju supaya LPPSA menawarkan peluang untuk anggota meneruskan bayaran balik baki pinjaman seperti biasa sehingga selesai.
- Bagi memastikan veteran ATM disediakan pekerjaan dan kemudahan latihan memandangkan golongan itu menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan selepas umur persaraan, pentadbiran ini akan melaksanakan Program Kerja Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
ARTIKEL LAIN
- RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
- RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
- RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
- LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
- PPAM:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
- eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
NAK CEK RUMAH
SAYA PERLUKAN INFO
LOKASI RUMAH DI SARAWAK ADA TAK
Cari rumah area NEGERI SEMBILAN
nak cari rumah area sg besi
semua rumah kebanyakan di semenanjung…kat sabah sarawak tkde ke yang rumah mampu milik atm ni…orang sabah sarawak pun banyak yang krja (atm/gov)