PINDAH HAK MILIK HARTANAH(Jika Upah Peguam/Buat Sendiri)

CARA PINDAH HAK MILIK HARTANAH(Jika Upah Peguam/Buat Sendiri)

Jika anda ingin melakukan urusan jual beli hartanah,anda perlu membuat pindah milik kan? Bagaimanakah cara pindah hak milik hartanah?

Anda boleh upah peguam atau boleh buat sendiri sahaja tetapi anda perlu mengetahui cara pindah hak milik hartanah.

CARA PINDAH HAKMILIK HARTANAH(Jika Upah Peguam)

Jika anda upah peguam untuk urusan pindah hak milik hartanah,sila rujuk langkah berikut:

  • Anda perlulah cari peguam hartanah yang sesuai dan perpengalaman. Mungkin boleh mencarinya di Google mahupun menerus kenalani Facebook. Jikalau anda tidak yakin,anda juga boleh juga dapat cadangan dari keluarga dan rakan, atau dari pihak bank anda.
  • Peguam akan buat draf kontrak yang merangkumi maklumat seperti caj dan deposit yang diperlukan.
  • Proses undang-undang secara rasmi bermula apabila kedua peguam pembeli dan penjual mula membaca dan mengkaji dokumen undang-undang yang berkaitan.Waktu ini, pastikan anda membaca dokumen itu sendiri dengan teliti, dan timbulkan semua isu yang anda tak faham dan perlukan penjelasan.Walaupun peguam hartanah boleh membantu mana yang patut sekaligus meredakan tekanan yang anda alami dari proses ini, tapi kenalah buat pemeriksaan sendiri juga. Ini termasuk membuat sedikit kajian latar belakang terhadap hartanah terbabit.
  • Penyediaan Perjanjian Jual Beli (“SPA”), proses menandatangan, dan juga pembayaran.

CARA PINDAH HAK MILIK HARTANAH(Jika Buat Sendiri)

 Jika anda buat sendiri untuk urusan pindah hak milik hartanah,sila rujuk langkah berikut:

  • Sila kenal pasti jenis hak milik hartanah.Anda perlu pertimbangan undang-undang tertentu yang termaktub untuk hartanah tidak bertanah.Sebagai contoh, kondominium hanya mempunyai hak milik utama semasa penjualan, selepas itu hak milik strata akan dikeluarkan untuk setiap unit.
  • Anda perlu buat carian hak milik hartanah bagi memeriksa sebarang tuntutan terhadap hartanah tersebut.Jenis tuntutan yang biasa adalah apabila penjual sudah membayar hartanah itu kepada bank, bagi mendapatkan pinjaman rumah.

Ringkasnya, Jika sesuatu hartanah telah digunakan sebagai jaminan untuk gadai janji, proses yang disebut ‘penebusan’ perlu dilakukan.Proses ini melibatkan pengeluaran surat penebusan kepada penjual, menentukan jumlah hutang kepada bank, dan juga mempersetujui jangka masa yang ditetapkan bagi penjual untuk menyelesaikan jumlah gadai yang masih ada.

  • Sila semak jika ada sekatan negeri atas pemilikan hartanah tersebut.Sekatan negeri yang paling biasa adalah mendapatkan persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri atau pejabat tanah di negeri tertentu.

Terma ‘persetujuan’ di sini merujuk kepada permohonan kebenaran untuk meneruskan penjualan negeri mempunyai set peraturan tertentu atau syarat yang berbeza, dan mungkin memerlukan lebih dari 1 bulan dari tarikh permohonan dihantar, atau 3 bulan selepas itu, atau mungkin lebih!

  • Sila pastikan semua dokumentasi dalam keadaan teratur, kerana anda perlu mengisi borang dan dokumen yang diperlukan untuk diserahkan ke pejabat tanah.

Antaranya ialah borang cukai keuntungan harta tanah (RPGT), dan borang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

  • Bagi bayaran duit setem pula,anda perlu melalui proses PENGADILAN.Maksudnya proses penentuan berapa jumlah duti setem ang perlu dibayar bagi proses pindah milik.
  • Anda perlu menyerahkan dokumen pemindahan ke pejabat duti setem (juga dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau LHDN) sebelum menerima arahan lebih lanjut.

Masa menunggu pula adalah sekitar 2 hingga 3 minggu untuk selesai jika prosesnya telah dikomputerkan (di Negeri tertentu), atau memakan masa 2 hingga 3 bulan jika proses manual diambil.

  • Anda perlu serahkan boring rasmi ke pejabat tanah bagi tujuan proses tukar hak milik tanah. Jika proses pembayaran dan dokumen lengkap,maka selesai urusan tukar hak milik hartanah.

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA

Leave a Comment