DUIT DALAM AKAUN BANK HILANG (Cara Dapatkan Semula Wang Anda)

DUIT DALAM AKAUN BANK HILANG (Cara Dapatkan Semula Wang Anda)

DUIT DALAM AKAUN BANK HILANG

Situasi duit hilang dalam akaun bank kemungkinan akan terjadi pada masa kini. Mungkin perkara ini tidak terjadi kepada Anda tetapi ianya pernah terjadi pada orang lain. Tantuakan panik sekiranya duit dalam akaun bank hilang kan sedangkan kita tidak buat apa-apa transaksi.

 

Bagaimana sekiranya duit hilang dalam akaun bank? Disini kami kongsikan panduan sekiranya duit hialng dalam akaun bank.

 

 

APA NAK BUAT JIKA DUIT DALAM AKAUN BANK HILANG?

 

Sekiranya anda membuat semakan baki dalam akaun bank anda, dan anda mendapati duit anda berkurang/hilang sedangkan anda tidak membuat apa-apa transaksi atau pengeluaran wang, berikut adalah panduan yang perlu anda lakukan:

  1. Membuat laporan di bank anda
    1. Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah membuat laporan pada Bank yang anda hilang duit. Paling mudah membuat laporan andalah menghubungi talian khidmat pelanggan bank tersebut dan mungkin akan dihantar ke unit Aduan. Pastikan anda sediakan maklumat yang terperinci seperti:
      1. Waktu transaksi kehilangan duit (boleh semak menerusi online banking)
      2. Jumlah wang anda yang hilang
  • Nama pihak yang melakukan transaksi (sekiranya ada)
  1. Membuat laporan pihak polis
    1. Langkah kedua adalah membuat laporan polis. Pergi mana-mana balai polis yang berhampiran dengan tempat anda, beritahu satu persatu apa yang berlaku kepada pihak polis. Nanti bila dah selesai buat laporan korang akan dapat satu cetakan laporan dan boleh simpan sebagai rekod.
  2. Maklumbalas dari Pihak Bank
    1. Kebiasaannya proses dari pihak bank akan memerlukan 14 hari bekerja bagi kes ini untuk disiasat dan setelah itu pihak bank akan memberikan respon. Sekiranya anda tidak menerima maklumbalas dari pihak bank selepas tempoh ini, anda hendaklah telefon semula pihak bank anda untuk mohon maklumbalas.
  3. Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM)
    1. Jika anda tidak menerima maklumbalas dari pihak bank anda ataupun maklumbalas yang diberikan tidak memberikan penjelasan yang memuaskan, anda boleh terus buat aduan lanjut kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).
    2. Cara Buat Aduan Atau Pertanyaan Kepada BNM adalah seperti berikut:
      1. Talian BNM Telelink: Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888 atau Luar Negara: +603-21741717. Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)
      2. Menerusi website Borang eLink BNM: https://telelink.bnm.gov.my/

 

MAKLUMAN PENTING JIKA DUIT DALAM AKAUN BANK HILANG

 

BNM tak  akan kendalikan skop bawah ni:

  • Aduan di bawah bidang kuasa OPK, AKPK dan SIDREC;
  • Aduan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah/Tribunal Pengguna, dan yang dikemukakan melalui firma-firma peguam atau yang sedang mereka kendalikan;
  • Aduan yang tidak menyatakan nama pengadu, tidak ditandatangani, tidak jelas atau aduan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan;
  • Aduan oleh ejen institusi perkhidmatan kewangan seperti ejen insurans/takaful, pengutip hutang dan penarik kenderaan terhadap prinsipalnya;
  • Aduan oleh kakitangan PPK terhadap majikan mereka;
  • Aduan yang melibatkan tuntutan insurans/takaful melebihi RM500,000 kecuali jika ia berkaitan dengan aduan mengenai kualiti perkhidmatan dan pengendalian tuntutan tidak adil;
  • Aduan mengenai bengkel kereta yang tidak tersenarai dalam Skim Bengkel Pembaiki Kereta Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM);
  • Aduan mengenai keputusan komersial yang tidak melibatkan isu mengenai salah guna polisi dan standard BNM;
  • Aduan terhadap institusi bukan di bawah kawal selia BNM seperti koperasi, syarikat kredit, pemajak gadai dan peminjam wang berlesen bukan bank;
  • Aduan bukan di bawah bidang kuasa BNM seperti penipuan, pemasaran pelbagai peringkat dll.

 

ARTIKEL LAIN

SURAT BERANAK/SIJIL LAHIR HILANG ROSAK: CARA PERMOHONAN ONLINE(Macam Mana Nak Dapat Yang Baru?)

SEMAKAN HARGA RENEW PASSPORT(Kadar Denda Jika Hilang)

DOKUMEN SSM HILANG(Cara Dapatkan Semula MyData SSM)

4 thoughts on “DUIT DALAM AKAUN BANK HILANG (Cara Dapatkan Semula Wang Anda)”

Leave a Comment