PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PERUMAHAN INOVATIF PR1MA 2022

PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PERUMAHAN INOVATIF PR1MA 2022

Skim Pinjaman Perumahan PR1MA

Selaras dengan Kempen Pemilikan Rumah, ‘Home Ownership Programme’ (HOPE) oleh KPKT Malaysia , Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjalin kerjasama dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi melaksanakan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA selari dengan wawasan untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan “1 Keluarga 1 Rumah” dan hala tuju Keluarga Malaysia.

Usaha ini dilihat mampu memberikan sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan seperti slip gaji dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan pembiayaan. Buat masa sekarang, Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA ditawarkan kepada pembeli Residensi Larkin Indah sebelum diperluaskan ke projek-projek PR1MA yang lain di seluruh negara.

 

APA ITU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN INOVATIF PR1MA ?

Inisiatif antara SJKP dan PR1MA ini merupakan satu usaha yang mesra pembeli, di mana ia dapat membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai Keluarga Malaysia khususnya golongan muda dan berpendapatan pertengahan bagi memiliki rumah PR1MA tanpa perlu bimbang tentang pembiayaan perumahan. Dalam Bajet 2022, Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap.

 

INSTITUSI YANG MENYERTAI SJKP

Terdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menyertai skim jaminan ini.

Anda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:

  • Affin Bank
  • Affin Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic

 

KRITERIA KELAYAKAN SJKP

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

 

TEMPOH PEMBAYARAN PEMBIAYAAN SJKP

Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

 

SYARAT PEMBIAYAAN

  • Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
  • Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
  • Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
  • Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
  • MRTA / MRTT : Wajib
  • Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

 

PROJEK TERKINI RUMAH PRIMA

Untuk melihat senarai Projek Terkini Rumah PRIMA seluruh negara, anda boleh semak di laman web berikut:

https://www.pr1ma.my/pr1ma-properties/hms/homes/bm

 

CARA PERMOHONAN SKIM PINJAMAN INOVATIF PR1MA

Pemilihan pemilik rumah yang berjaya dan peruntukan unit rumah PRIMA akan dilakukan melalui proses pengundian terbuka untuk pembangunan yang baru dilancarkan.

Untuk permohonan, sila rujuk pautan di bawah:

https://www.pr1ma.my/elh/eligibility-homes/bm#sectionstep

*Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah SJKP ini adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
  3. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.

(nota) Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.

  1. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

 

MAKLUMAT LANJUT

03-7628 9898

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) 2022

PERMOHONAN RUMAH PPRT 2022 (Daftar espkr.rurallink.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

 

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *