SEMAKAN STATUS BKC FASA 3(Tarikh Bayaran Bermula 20 Disember 2021)

SEMAKAN STATUS BKC FASA 3 (Tarikh Bayaran Bermula 20 Disember 2021)

SEMAKAN STATUS BKC FASA 2 (Tarikh Bayaran Bermula 25 November 2021)

Untuk pengetahuan anda, pelbagai pakej rangsangan ekonomi dan bantuan telah diumumkan oleh kerajaan dan institusi bagi mengurangkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pastinya amat memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat.

Pada sesi pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi ( PEMULIH ) oleh Oleh YAB Perdana Menteri, beliau mengumumkan BANTUAN KHAS COVID-19 ( BKC ). Kerajaan pimpinan beliau akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, M40 dan B40 termasuk golongan bujang bermula pada bulan Ogos.

 

SEMAKAN STATUS BKC (KATEGORI PENERIMA)

Nilai dan kategori penerima Pakej PEMULIH: Bantuan Khas Covid-19

 

1. Miskin Tegar

RM1,300 (Isi Rumah)

RM500 (Bujang)

 

2. B40

RM800 (Isi Rumah)

RM200(Bujang)

 

3. M40

RM250(Isi Rumah)

RM100(Bujang)

 

SEMAKAN STATUS BKC TEMPOH DAN MASA PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 ( BKC )

 

ISI RUMAH KATEGORI MISKIN TEGAR

  • Menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos
  • 500 ringgit pada bulanNovember
  • 300 ringgit pada bulan Disember.

 

INDIVIDU BUJANG KATEGORI MISKIN TEGAR

  • Menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos
  • 300 ringgit pada bulanNovember

 

ISI RUMAH KATEGORI B40

  • Menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos
  • 300 ringgit pada bulan Disember

 

BUJANG KATEGORI B40

  • Akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos

 

ISI RUMAH KATEGORI M40

  • Bantuan sebanyak 250 ringgit pada bulan Ogos

 

BUJANG KATEGORI M40

  • Menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti

 

JUMLAH BAYARAN BKC

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC yang layak adalah seperti berikut:

Kategori PenerimaJumlah Bayaran Isi RumahJumlah Bayaran Bujang
Miskin TegarRM1300RM500
B40RM800RM200
M40RM250RM100

 

JADUAL PEMBAYARAN BKC

Jadual pembayaran bagi BKC yang akan diterima penerima adalah seperti berikut:

Kategori PenerimaBulan Ogos25  November 202120 Disember
Isi Rumah Miskin TegarRM500RM500RM300
Bujang Miskin TegarRM200RM300
Isi Rumah B40RM500RM300
Bujang B40RM200
Isi Rumah M40RM250
Bujang M40RM100

 

 

MAKLUMAN PENTING!

 

Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKC?

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

BilKategori PenerimaData Bantuan
1Miskin TegarPermohonan BPR 2021
2B40Permohonan BPR 2021
3M40Percukaian(LHDM)

 

Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan?

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

Bagi kategori miskin tegar & B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
permohonan BPR 2021

Bagi kategori B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

 

CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC FASA 2

Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC atau kategori anda, sila rujuk cara semakan status di bawah:

 

CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC SECARA ONLINE

 

Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my

 

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

 

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
  • Status Permohonan
  • Amaun Keseluruhan Diterima
  • Maklumat Pembayaran
  • Paparan Borang

 

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC SECARA MANUAL

 

Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS

 

Anda juga boleh terus ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu.

 

Bagaimana untuk login icitra.kwsp.gov.my ?

 

SOALAN LAZIM

Adakah saya yang layak menerima bantuan BKC ini?

Terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40.

Berapakah kadar bayaran yang akan saya terima? 

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima.

Bilakah  tarikh pembayaran BKC akan dibuat?

Pembayaran BKC akan dibuat pada bulan Ogos, November, dan Disember mengikut kategori penerima.

Apakah tujuan  pelaksanaan BKC?

Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang semakan status BKC, sila layari laman web https://bkc.hasil.gov.my

 

 

 

24 thoughts on “SEMAKAN STATUS BKC FASA 3(Tarikh Bayaran Bermula 20 Disember 2021)”

  1. Sy ibu tunggal, umur I 53thn da 11thn suami I meningal dunia milani dpt bantuan brim bujang selps itu sampai sekrng da 4 thn I tak dpt apa2 bantuan dari kerajaan mcm, brim ( bsn) bantuan ibu tunggal, my salam ke ke apa2 pun kebajikan knp? Bila check status anda tidal kayak itu shj jawapan yg I dpt knp, knp I Tak dpt apa pun. I pun lahir di malaysia juga suami I pun lahir di malaysia juga I pun ada undo tapi knp Tak dapat apa3 kebajikan pun.

    Balas
  2. Saya tiada kerja. Bagaimana memohon. Saya sudah berusia 61 tahun. Tiada pencen bulanaan. Boleh saya memohon? Satu orang anak saya bersekolah di IPT (UITM).

    Balas
  3. Nama amal bin wavin
    Asal dari semporna sabah
    Tinggal d bangau bangau
    Kami orng miskin
    Dan kmi memohon meminta bantuan dari pada BKC

    Balas
  4. Nama amal bin wavin
    Asal dari semporna sabah
    Tinggal d bangau bangau
    Kami orng miskin
    Dan kami memohon meminta
    Bantuan dari pada BKC

    Balas
  5. Saya berumur 38 Tahun.sudah berkhawin dan tiada perkerjaan . Dari sebelum covid sampai la covid19.. Saya mohon bantuan dari kerajaan..

    Balas
  6. Saya lebih dari miskin tegar tp kenapa dpat rm200, mohon pihak kerajaan menilai semula sebab waktu sekarang sy amat perlukan bantuan..
    870901115403
    014-6867659

    Balas

Leave a Comment