PERMOHONAN SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO (Jika Positif Covid-19)

PERMOHONAN SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO (Jika Positif Covid-19)SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

Kepada pekerja yang disahkan positif covid-19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) daripada majikan.

Bagaimana cara untuk membuat tuntutan faedah dari PERKESO? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

 Skim Bencana Pekerjaan PERKESO memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi:

  1. Skim Bencana Pekerjaan
    • Skim ni memberi perlindungan pada pekerja yang ada kemalangan atau penyakit khidmat yang berpunca waktu kerja.
  2. Skim Keilatan
    • Skim ni memebri perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan – ada keuzuran kekal.
  3. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
    • Skim ni meberi perlindungan orang yang kerja sendiri dari segala bencana pekerjaan. Termasuklah kalau dapat penyakit atau kemalangan waktu bekerja.
  4. Skim Bencana Kerja Pekerja Asing
    • Skim ni adalah untuk pekerja asing. Jumlah caruman sebulan adalah 1.25% dari gaji bulanan..

 

FAEDAH SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO COVID -19

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 berkaitan dari aktiviti pekerjaan layak mendapat faedah berikut :

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara 
  • Faedah Hilang Upaya Kekal 
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan  
  • Faedah Orang Tanggungan 
  • Faedah Pengurusan Mayat 
  • Faedah Pendidikan

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari aktiviti pekerjaan dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, meliputi faedah berikut: 

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

 

SYARAT TUNTUTAN FAEDAH COVID-19

 Berikut adalah merupakan syarat untuk membuat tuntutan faedah PERKESO covid-19:

  • Masih bekerja.
  • Masih aktif sebagai pencarum Socso.
  • Paling utama adalah dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

Nota: Jika tidak dijangkiti di tempat kerja, anda masih boleh buat tuntutan jika melibatkan keuzuran kekal atau kehilangan upaya sementara atau kematian.

 

KADAR BAYARAN FAEDAH TUNTUTAN

 Kadar bayaran yang akan diterima oleh pemohon adalah seperti kiraan berikut:

  • ( 90% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin

  

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sebelum membuat permohonan tuntutan faedah covid-19, pastikan anda sediakan dokumen seperti berrikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Sijil Cuti Sakit Asal
  3. Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
  4. Laporan Pengesahan Positif Covid-19
  5. Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  6. Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
  7. Sekiranya tiada MC, boleh sertakan surat kuarantin dari KKM
  8. Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34

 

CARA BUAT TUNTUTAN PERKESO COVID 19

 Setelah lengkap dokumen yang yang diperlukan, terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan iaitu:

Permohonan Secara Online

  • layari pautan Portal Permohonan Faedah: https://faedah.perkeso.gov.my 
  • Log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama bagi Portal ASSIST.

Permohonan Secra Manual

  • Muat Turun Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34 yang boleh dimuat turun DISINI
  • Pastikan anda lengkapkan borang dan dapatkan tandatangan majikan
  • Pastikan pemohon Isi Ruang Penyakit Khidmat
  • Sediakan salinan IC, keputusan PCR, penyata bank, surat kuarantin asli dari KKM (swasta tidak diterima), surat pengesahan majikan (mengesahkan pekerja tersebut)
  • Tuntutan perlu dibuat melalui majikan dan perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.
    • Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja
    • Bagi kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah PERKESO.
  • Hantar ke PERKESO *dengan syarat jangkitan berlaku di tempat kerja bukan daripada luar
  • Selepas hantar, tunggu PERKESO sahkan dengan KKM
  • Maklum balas akan diberitahu jika tuntutan anda lulus atau tidak.

 

TEMPOH PROSES TUNTUTAN

Permohonan pencarum akan diproses secepat mungkin dan tempoh maksimum diambil Perkeso selama 45 hari daripada hari kes diterima.

 

 MAKLUMAT LANJUT

 Untuk maklumat dan pertanyaan mengenai cara tuntutan faedah PERKESO covid-19, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN 

SEMAKAN NO KOD MAJIKAN PERKESO: CARA DAFTAR DAN GUNA PORTAL PERKESO (assist.perkeso.gov.my)

DAFTAR AKAUN MATRIX PERKESO: CARA REGISTER/LOGIN/PEMBAYARAN & REKOD CARUMAN

assist.perkeso.gov.my:DAFTAR/REGISTER/LOGIN/GUNA PORTAL ASSIST PERKESO(Cara Buat Caruman & Bayaran Online)

4 thoughts on “PERMOHONAN SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO (Jika Positif Covid-19)”

Leave a Comment