TEMANNITA TEKUN ONLINE (Borang Permohonan Skim Pembiayaan)

TEMANNITA TEKUN ONLINE (Borang Permohonan Skim Pembiayaan)

PROGRAM TEMANNITA TEKUN

Kerajaan terus ingin memperkasakan golongan wanita di negara ini dengan memberi lebih banyak peluang antaranya menerusi inisiatif Skim Pembiayaan Program TemanNita Tekun yang membolehkan mereka mendapat manfaat pembangunan kapasiti dalam bidang keusahawanan terutamanya bagi membantu wanita yang terkesan menjana pendapatan. Disini kami kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu

 

APA ITU PROGRAM TEMANNITA

Program TemanNita merupakan skim pembiayaan mikro secara berkumpulan khusus untuk wanita serta membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara kumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efesian untuk keperluan perniagaan.

Ia bertujuan membantu usahawan wanita bumiputera mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan serta membantu dan membimbing usahawan melalui pembentukan sistem sokongan.

 

KELEBIHAN PROGRAM TEMANNITA TEKUN

Program pembiayaan ini mempunyai kelebihan buat kaum wanita seperti:

  • Caj perkhidmatan yang terendah 4% setahun dikalangan Institusi Mikro Kredit di Malaysia.
  • Ahli khusus untuk wanita sahaja.
  • Perjumpaan mingguan dibuat dilokasi yang berdekatan dengan tempat perniagaan dan dalam tempoh yang singkat.

 

CIRI PEMBIAYAAN PROGRAM TEMANNITA

Berikut adalah merupakan ciri pembiayaan program ini iaitu:

  • Kadar Pinjaman sebanyak 4% setahun
  • Jumlah pinjaman sehingga RM20,000
  • Tempoh pinjaman antara 6 bulan hingga 5 tahun

 

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM TEMANNITA

Berikut adalah merupakan syarat-syarat permohonan

  • Bumiputera
  • Wanita yang mempunyai perniagaan sah.
  • Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.
  • TemanNita wajib hadir ke perjumpaan mingguan dan membuat bayaran pembiayaan setiap minggu
  • Perjumpaan secara mingguan dan di dalam kes tertentu dibenarkan minima hadir 2 kali dalam sebulan dengan persetujuan pihak TEKUN.
  • Bayaran balik setiap minggu, dua minggu sekali & sebulan sekali DIBENARKAN tanpa pengurangan jumlah bayaran balik yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pembiayaan.
  • Jumlah dan tempoh pembiayaan adalah sama bagi setiap ahli kumpulan.
  • Penyelesaian awal pembiayaan bagi mana mana ahli / kumpulan dibenarkan selepas 6 bulan dari tarikh permohonan terdahulu diluluskan.
  • Sekiranya ahli meninggal dunia, membuat penyelesaian awal, berpindah dan lain-lain, tidak perlu membuat penggantian ahli kumpulan.
  • Semua ahli kumpulan ( 5 orang ) dibenarkan membuat pembiayaan serentak tanpa menunggu prestasi ahli lain kerana semua sudah menjalankan perniagaan.
  • Proses kelulusan yang cepat di dalam tempoh 14 hari bekerja

 

PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN PROGRAM TEMANNITA

Berikut adalah merupakan jenis pembiayaan yang ditawarkan di bawah program ini:

  1. Perniagaan berkumpulan lima orang WANITA ( 5 )
    • Pembiayaan Pertama dari RM1,000 Sehingga RM10,000
    • Pembiayaan Kedua RM1,000 sehingga RM20,000
  2. Pembiayaan Program ini dikenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun dan 5% setahun untuk simpanan / tabungan peminjam.
  3. Proses kelulusan adalah dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM TEMANNITA TEKUN

Sekiranya memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah caranya:

  1. Pejabat Tekun cawangan berhampiran.
    • Senarai pejabat cawangan bagi tujuan temujanji boleh lihat DI SINI
  2. Secara dalam talian

 

JADUAL BAYARAN BALIK SKIM PEMBIAYAAN TEMANNITA TEKUN

TemanNita TEKUN

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PROGRAM TEMANNITA

Sebagai penerima biaya Program TemanNita, apakah kewajipan setiap minggu?

  • TemanNita wajib hadir ke perjumpaan mingguan dan membuat bayaran pembiayaan setiap minggu

Apakah Pembiayaan Program TemanNita dikenakan caj atau faedah?

  • Pembiayaan  TemanNita dikenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun dan 5% setahun untuk simpanan / tabungan peminjam.

Berapa lama proses kelulusan Program TemanNita?

  • Proses kelulusan adalah dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program TemanNita TEKUN, anda boleh:

ARTIKEL LAIN

SPIN TEKUN 2.0 (Cara Permohonan & Muat Turun Borang)

PROGRAM SEMARAK NIAGA(Permohonan Pembiayaan Usahawan/Syarikat)

4 thoughts on “TEMANNITA TEKUN ONLINE (Borang Permohonan Skim Pembiayaan)”

Leave a Comment