SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR) : BAGAIMANA NAK BUAT?

SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR)

SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR): BAGAIMANA NAK BUAT?

Permohonan kemudahan i-Sinar bagi Kategori 1 telah dibuka mulai 21 Disember 2020. Adakah anda telah memohon???

Permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dibuka dengan melibatkan dua kategori kriteria kelayakan pemohon yang membabitkan lapan juta ahli.

Bagi pemohon yang tergolong dalam kategori 1, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui portal isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020. Pembayaran untuk ahli yang layak dan lulus dalam permohonan akan mula dibayar dari pertengahan Januari 2021.

Perkara ini merupakan antara saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun dalam kegembiraan, ramai pemohon telah berlaku Semakan Identiti Anda Tidak Berjaya(I-Sinar) semasa permohonan.

Adakan anda tahu KESILAPAN PERMOHONAN I-SINAR : SENARAI KESILAPAN SEMASA BUAT PERMOHONAN

APAKAH ITU SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR) ???

Semasa anda mengisi portal isinar.kwsp.gov.my, anda akan memasukkan no IC dan no telefon. Selepas selesai memasukkan no IC dan telefon, anda akan menekan butang TERUSKAN. Jika berjaya, anda akan meneruskan ke proses seterusnya. Namun jika gagal, akan keluar SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA di paparan skrin.

Anda juga boleh mencuba TUTORIAL SEMAK BAKI AKAUN 1 & 2 KWSP

 

MASALAH YANG DIHADAPI APABILA BERLAKU SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR)

Jika berlaku masalah semakan identiti anda tidak berjaya (I-Sinar), anda akan terpaksa mencuba sekali lagi dalam tempoh yang diberikan

SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR)

SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR)

Baca juga CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(PERMOHONAN GUNA i-AKAUN)

KENAPA BERLAKU ???

Kemungkinan adalah seperti berikut :

  • No telefon terkini tidak dikemaskini dalam sistem KWSP
  • No telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan pertama kali di kaunter
  • No telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan di kiosk KWSP
  • Tidak daftar I-AKAUN KWSP

semak TARIKH BAYARAN i-SINAR BULAN FEBRUARI

BAGAIMANA NAK BUAT?

Kalau semakan identiti tak berjaya, anda boleh cuba je pergi KWSP atau Kios untuk kemaskini nombor telefon dan daftar I-AKAUN.

Buat juga i-SARAAN KWSP : CARA DAFTAR, PERMOHONAN & TERIMA RM 250 CARUMAN TAMBAHAN

CARA DAFTAR I-AKAUN DI KIOSK KWSP

Untuk mendaftar i-Akaun di kiosk KWSP, anda boleh ikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.

langkah 1

  • Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon anda yang masih aktif. Kemudian, scan cap jari.
  • Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID akaun anda. Satu mesej yang mengandungi kata laluan (OTP) akan dihantar ke telefon anda oleh KWSP.

Langkah 2

  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan scan cap jari sekali lagi.
  • Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan.

Langkah 3

  • Install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda Apple Play Store @ Google App Store
  • Masukkan nombor ID dan kata laluan yang telah anda terima tadi.
  • Masukkan sekali lagi nombor ID dan kali ni, masukkan kata laluan baru yang anda mahu tetapkan.
  • Dan siap! i-Akaun anda dah aktif dan boleh digunakan.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:

Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP

Telefon: 03-8922 4848

Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

 

 

 

 

 

 

19 thoughts on “SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA (I-SINAR) : BAGAIMANA NAK BUAT?”

  1. Lepas dia suruh pergi kaunter utk tukar/update no phone, dah settle semua tu tapi masa nak mohon still lagi keluar benda yang sama(keluar noti suruh pergi kiosk berdekatan). Apa nak buat? I-akaun semua tak dak masalah, tapi still lagi keluar benda suruh pergi update phone no kat kiosk berdekatan. Ada kena tunggu 24h dulu ka selepas update no phone untuk mohon semula ataupun macam mana. Terima kasih

    Balas
  2. saya dah buat isinar kali kali tah dapat luluskan saya pergi ke kwsp pergi ke cawangan kwsp kaunter tapi dia suruh buat online cuba skali saya dah kata sudah cuba puan tah dapat lulus bagai mane ape nah buat

    Balas
  3. Saya telah buat permohonan i-sinar katerori 1 pada 08/01/2021 dan sampai hari ini juga dalam proses dan saya juga telah muat naik dokumen yang diminta.

    Balas
  4. saya juga gagal jwb soalan KWSP dan di minta untuk pergi KWSP UTK kemas kini sedangkan baru juga lepas kini nombor HP..apa yg patut sy buat?

    Balas
  5. Masa mohon isinar saya tersalah isi no telefon. So, setiap kali saya nak semak kelulusan saya terpaksa gubakan nombor yang saya masukkan masa memohon. Sekarang bila nak buat pindaan amaun pengeluar dalam isinar soalan semakan identiti dijawab tapi x berjaya. Macam mana nak selesaikan?

    Balas

Leave a Comment