SENARAI AGENSI UMRAH BERDAFTAR TERKINI DI MALAYSIA (motac.gov.my/semakan/umrah)

SENARAI AGENSI UMRAH BERDAFTAR TERKINI DI MALAYSIA (motac.gov.my/semakan/umrah)

SENARAI AGENSI UMRAH BERDAFTAR  TERKINI DI MALAYSIA (motac.gov.mysemakanumrah)

Kepada yang ingin menunaikan umrah, sudah semestinya perlu mendapatkan maklumat mengenai agensi yang mengendalikan ibadah umrah secara sah serta berdaftar iaitu mempunyai Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah Atau Ziarah di Malaysia bagi menggelakkan tertipu.

Disini kami kongsikan cara membuat semakan senarai agensi umrah yang berdaftar di Malaysia dengan mempunyai Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah Atau Ziarah

Adalah dimaklumkan bahawa Lesen Khas Umrah yang merupakan syarat khas bagi agensi pelancongan dan pengembaraan tempatan untuk mengendalikan umrah telah dimansuhkan berkuatkuasa 1 September 2020.

Pada 18 September 2019, MATTA telah mengadakan satu persidangan media mengenai Lesen Khas Umrah (LKU) yang telah dimansuhkan dan digantikan dengan satu penambahan bidang oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) di bawah Lesen Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah (IOTU).

Bagi senarai syarikat atau agensi yang memiliki Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah Atau Ziarah, rujukan boleh dibuat di laman sesawang rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) www.motac.gov.my/semakan/umrah.

 

KANDUNGAN ASAS BROSUR AGENSI

Pastikan pakej yang ditawarkan oleh ejen umrah tersebut merangkumi semua perkara ini. Ia sepatutnya termasuk dalam pakej standard umrah.

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Visa Umrah
  • Penginapan
  • Operator yang sah / ‘Ground transport’
  • Makanan
  • Lawatan / ziarah
  • Diiringi oleh wakil syarikat
  • Mutawif
  • Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian

 

CARA SEMAKAN SENARAI AGENSI UMRAH (motac.gov.my/semakan/umrah)

Berikut adalah merupakan sara semakan agensi umrah berdaftar yang mempunyai status Muasassah dan Bukan Muasassah:

  1. Layari pautan semakan MOTAC: https://www.motac.gov.my/semakan/umrah 
  2. Pada ruangan Nombor Syarikat/Nombor Lesen, masukkan nama agensi umrah berkenaan
  3. Pada ruangan Negeri, masukkan Negeri yang anda berada
  4. Setelah lengkap tekan pada Cari.
  5. Sekiranya agensi umah yang dicari itu terpapar, ini bermaksud agensi tersebut telah derdaftar dengan LKU

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut senarai agensi umrah berdaftar di Malaysia, anda boleh layari website rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di pautan https://www.motac.gov.my/arkib/2019/umrah-lku-1440

 

ARTIKEL LAIN

HARGA PAKEJ UMRAH TERKINI (Semak Pakej & Agensi Ziarah )

CARA TUKAR STATUS AKAUN TABUNG HAJI (KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA )

CARA DAFTAR HAJI ONLINE GUNA THIJARI (Diri Sendiri & Anak)

3 thoughts on “SENARAI AGENSI UMRAH BERDAFTAR TERKINI DI MALAYSIA (motac.gov.my/semakan/umrah)”

Leave a Comment